• Ucapan takziah pada 'banner' memperingati mangsa tragedi MH17 di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama Ucapan takziah pada 'banner' memperingati mangsa tragedi MH17 di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
1 / 1
SEPANG - Seluruh rakyat Malaysia dipelawa untuk berkumpul di semua laluan yang akan membawa 20 jenazah MH17 untuk dihantar pulang ke kampung halaman bagi urusan pengkebumian esok.
 
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, sesiapa yang rasa terbuka boleh hadir untuk sama-sama memberi penghormatan terakhir kepada semua jenazah.
 
"Senarai laluan terlibat akan kita edarkan untuk rujukan orang ramai.
 
"Selain penghormatan, kita mohon agar pengguna jalan raya dapat memberi laluan kepada semua kenderaan yang terlibat membawa jenazah di laluan yang dinyatakan," katanya pada sidang akhbar selepas Raptai Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17, hari ini.
 
Beliau berkata, pihaknya maklum, keadaan jalan sewaktu proses membawa pulang jenazah akan sesak, namun berharap orang ramai yang terlibat dapat memberi laluan bagi memudahkan urusan tersebut.
 
"Pihak polis juga akan membantu memastikan perjalanan terbabit berjalan lancar," katanya.