Haron Din: Cara pilih MB kena sama dengan imam
KULAIJAYA - Kaedah pemilihan ketua kerajaan mestilah mengikut syarat
sepertimana pemilihan seorang imam dalam solat yang digariskan oleh
Islam, tegas Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din.
Kaedah sama juga ujar Haron terpakai dan perlu digunakan dalam melantik Menteri Besar Selangor.
"Kalau dalam amalan solat ada kaedahnya tentang siapa yang patut dan wajib menjadi imam, dan itu berlaku terus menerus dalam hidup kita dan dalam politik.
"Maka dalam perjuangan, kena kenali, kena hayati siapa yang patut menjadi ketua, dan dipertahankan ketua itu... siapa yang patut menjadi ketua kerajaan, siapa patut menjadi MB, sepatutnya semua maklum," katanya dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulama Pas kali ke-53 di IOI Palm Villa Country Resort, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian merujuk kepada pergolakan politik di Selangor dalam mencari calon yang sesuai untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.
Sebelum ini juga, Majlis Syura Ulama Pas menolak pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar atas dasar pemimpin itu dikatakan tiada kelayakan dan pengalaman cukup bagi memikul amanah berkenaan.
Mengulas lanjut, Haron menambah, Dewan Ulama Pas menjadi tonggak parti dalam mengukuh dan menguatkan perjuangan parti Islam itu.
Jelasnya, meskipun ahli Pas khususnya barisan pimpinan sentiasa mengikuti tarbiyah parti, namun masih wujud segelintir daripadanya tidak memahami serta menghayati perjuangan Pas.
"Ada yang kecundang di tengah jalan...ada pula luruh binasa...ada juga meninggalkan perjuangan dan lebih teruk ada yang mengkhianati perjuangan Pas," ujarnya.

3 orang berkata:
Ngaji sekular camna nak faham islam terutama phahrulrazi, mat sabu & husam....
Mereka ni perlu meletak jawatan dan diganti pada yg layak.memahami perjuangan pas.. Boleh senarai nama peminpin yg tidak sehaluan dgn presiden dan majlis syura.. Yang diam pun ada.tapi diam lebih baik dari brckp..
Pas mulai sedar akan apa yg di sebut sebagai tahaluf syiasi.dap terlalu arrogant untuk di jadikan sahabat pkr terlalu liberal.pas selalu di perkotak katik.tak apalah perjuangan berteraskan Islam akan senantiasa dalam dakapan Allah.biar kita kalah di dunia asal kita menang di akhirat.mat sabu layak join dap kerana suara nya yg selalu mengerikan.
Post a Comment