Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APAKAH PKR BERBOLAK BALIK ? BUKANKAH PAS SAHAJA YANG BERBOLAK BALIK ?

PENGANALISA POLITIK TOLONG ULAS SIKIT ! HANGPA KAN TEROR MENEROR ? - Pak Karamu

 

Saturday, September 6, 2014

PKR Akhirnya Hantar Tiga Nama?.. Betoi ka?


Apa yang mStar dan The Star Online laporkan ialah.. Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya menamakan tiga calon untuk kerusi Menteri Besar Selangor selepas beberapa minggu mempertahankan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk mengisi kerusi panas itu.

Selain Dr Wan Azizah, dua lagi calon yang dinamakan adalah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok, Dr Idris Ahmad.

Namun, dalam surat yang dihantar ke Istana Selangor pada Jumaat, PKR mendakwa Dr Wan Azizah seharusnya dilantik kerana beliau mendapat sokongan majoriti.

Akaun bersumpah yang ditandatangani seramai 30 Adun sebagai sokongan kepada pencalonan Wan Azizah turut dikepilkan bersama dalam surat tersebut.

Biro Politik PKR membincangkan perkara itu selama dua hari sementara penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap bertegas mahukan isterinya dinamakan sebagai calon tunggal.

"Akhirnya, kami mencapai kata sepakat dan Anwar bersetuju untuk menambah dua lagi nama seperti yang diminta oleh Sultan. Kami turut menghantar bersama akaun bersumpah 30 Adun yang menyatakan sokongan terhadap Wan Azizah," kata sumber.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution mengesahkan kata sepakat telah dicapai tetapi enggan mendedahkan isi kandungan surat tersebut.

"Surat itu dari Presiden Parti kepada Tuanku Sultan. Tidak elok untuk mendedahkan isi kandungan (surat itu) kerana Sultan masih belum menerimanya," kata Saifuddin.

Jelas beliau, surat tersebut akan diserahkan terus kepada Istana hari ini.

Beliau berkata, mereka membalas surat dari Istana bertarikh 3 September berhubung senarai calon yang dihantar oleh parti itu pada 1 September lalu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan beliau kecewa sekiranya presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menamakan tiga pemimpin PAS untuk jawatan menteri besar itu.

"Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos, sebulat suara bersetuju melantik Datuk Seri Wan Azizah Wan Ibrahim dan Azmin Ali untuk jawatan itu. Presiden tidak harus menukar senarai itu tanpa memaklumkan kepada kami.

"Saya sebagai Timbalan Presiden masih tidak jelas mengenai perkara itu," katanya ketika mengulas mengenai laporan bahawa Abdul Hadi menghantar senarai nama berasingan kepada Sultan Selangor.

Sebenarnya ialah...
MSTAR, THE STAR PETIK SUMBER YANG SEBAR MAKLUMAT TIDAK BENAR 
Setelah mendapat pengesahan daripada Datuk Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung KEADILAN, didapati bahawa rencana yang ditulis mStar ("Isu MB: PKR Akhirnya Hantar Tiga Nama") dan The Star ("PKR finally agrees to nominate three candidates for MB") telah memetik sumber yang menyebarkan maklumat tidak benar berkaitan jumlah nama calon Menteri Besar Selangor yang akan dihantar KEADILAN kepada pihak Istana.

Rencana-rencana tersebut turut cuba menimbulkan persepsi bahawa Setiausaha Agung mengesahkan maklumat jumlah calon seperti yang disebut "sumber" wartawan mStar dan The Star.

Ini tidak sepatutnya dilakukan kerana Datuk Setiausaha Agung tidak menjawab soalan mengenai isu jumlah nama calon.

Sekian, terima kasih.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

6 September 2014

Jadi.. jangan mudah percaya laporan dari media yang dikuasai MCA itu... walaupun kadang-kadang ada yang benar dilaporkan mereka tentang krisis ini...

1 orang berkata:

Anonymous said...

Kalau berita itu tak benar,kami gesa pkr ambil tindakan undang undang terhadap the star. Bukankah pkr ni pakar dalam dakwa dakwi ni? Dapat tambah dana pkr.
Atau memang benda itu betul.tapi malu nak mengaku sebab ,PAS telah dicop sebagai pengkhianat kerana akur dengan titah sultan.
Atau malu takut dikatakan,Pkr sudah hilang batu dan terbukti PKR hanya parti tin kosong. Cakap bergegar gegar tangan bau tahi. Poooorah.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.