“Saya akan dengar taklimat dan saya akan bersama dengan keputusan Pusat, keputusan parti. Kita ada parti,” katanya kepada media malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendiriannya sama ada setuju dengan keputusan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahupun tetap dengan pilihan Pas Pusat.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai senarai nama baharu untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan, Abdul Hadi menghantar tiga nama terdiri daripada Exco Selangor kepada pihak istana untuk dipertimbang bagi jawatan Menteri Besar Selangor.

Laporan itu dipetik, Adun Pas yang dicalonkan ialah Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad manakala dua lagi nama ialah Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Mohamed Azmin Ali.

Ekoran tindakan itu, PKR melahirkan kekecewaan terhadap Pas kerana tidak menghormati keputusan muafakat PR dalam mencalonkan nama Menteri Besar Selangor yang baharu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Calon MB: Tindakan Pas kecewakan PKR]

Mengulas lanjut mengenai kemelut di Selangor yang menampakkan wujud pertentangan di peringkat pimpinan parti Mohamad menambah, beliau berpegang kepada keputusan mesyuarat 17 Ogos lalu.

“Saya tidak mahu tambah apa-apa kita pegang kepada keputusan 17 Ogos lalu, yang lain itu rumus yang saya tidak dapat taklimat lagi,” katanya lagi.