Habis tu Pemuda boleh buat apa ? Tu pasal la parti PAS orang lihat sudah mahu roboh, Pemuda tak tahu ke ? maksud kepompong ? Memang la hina, tapi lebih hina jika Pemuda tidak membuat apa-apa pembelaan terhadap badan tertinggi itu, yang baiknya ko pergi tanya Mat Sabu, dia yang lebih arif dan bijak berdengung ! - Pak Karamu
Pemuda Pas sedih Majlis Syura Ulama diperlekeh
KOTA TINGGI – Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat melahirkan rasa sedih
atas tindakan sesetengah pihak yang memperlekeh Majlis Syura Ulama
termasuk ahli parti itu sendiri.
“Agenda memperkasa parti adalah satu kemestian pada waktu ini. Pas Pusat dilihat semacam tiada plan tindakan dalam mengurus konflik yang berlaku dalam parti. Perbezaan pendapat dalam Pas tidak diruskan dengan baik sehingga menjadi krisis yang parah.
“Pemuda Pas sangat sedih apabila Majlis Syura Ulama diperlekeh dan dipertikai oleh sesetengah ahli dan pihak luar,” katanya ketika menyampaikan Ucaptama pada majlis perasmian Muktamar Pemuda Pas ke-55, di sini, hari ini.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan krisis yang melanda parti rakannya, PKR tempiasnya turut dirasai parti itu.
“Isi kandungan mesyuarat boleh dicapai oleh media luar parti dengan begitu cepat. Perbincangan dalaman boleh sampai ke media pihak lawan. Media baru yang sepatutnya menjadi alat untuk berdakwah sudah menjadi alat untuk menembak kaki sendiri.
“Lebih malang lagi apabila masalah rumah tangga jiran, tiba-tiba rumah tangga kita pula yang berantakan. Masyarakat umum menggeleng kepala melihat betapa lemahnya kita mengurus krisis sehingga luka kecil akhirnya bernanah,” katanya.
Namun, menurut Suhaizan, masih belum terlambat untuk parti itu melakukan perubahan dalam memantapkan pengurusan parti.
“Kita masih belum terlambat. Saya yakin Pas mampu membuat perubahan dalam memantapkan pengurusan parti. Majlis Syura Ulama perlu diperteguh untuk terus memandu parti agar tidak terbabas daripada landasan syarak.
“Kita juga perlu sedar bahawa musuh-musuh kita sudah mengenalpasti lubuk kita untuk terus dimanipulasi bagi melemahkan parti.
“Justeru aspek pengurusan krisis dalam parti perlu dimantapkan segera..Lembaga Disiplin parti juga dilihat terlalu lesu dan perlu diperteguhkan segera.Pas Pusat perlu lebih serius menguruskan krisis yang sedang berlaku,” katanya.

5 orang berkata:
Letakkan Islam di depan. Pandanglah masa depan Islàm melebihi masa depan pakatan yg rapuh. Jgn jd munafik dlm perjuangan. Kejar akhirat dunia akan bersujud padamu.
asalnya majlis surau ulamak ni kan kijer dia sokong khalid...khalid tu ulamak parti mana lak??...
majlis surau ulamak pegi mana masa hasan ali dan nasa dipecat...
Kisah 1 : Khalifah Umar di tegur dengan pedang terhunus.
Seawal beliau dilantik menjadi Khalifah, Saidina Umar meminta rakyat menegurnya jika dia salah. Tidak disebut secara sir.
Maka bangun seorang pemuda menghulur pedang sambil berkata, ‘Pedang inilah wahai Umar yang akan membetulkan kamu, jika kamu menyeleweng’.
lalu Umar menjawab , "Alhamdulillah, pujian bagi Allah s.w.t yang menjadikan dari kalangan umat Muhammad mereka yang sanggup meluruskan 'Umar dengan pedangnya".
Kisah 2 : Khalifah Umar di tegur oleh peminum arak.
Pernah satu ketika beliau ditegur oleh seorang peminum arak. Dan beliau menerima teguran tersebut. Maka orang yang melihat keadaan tersebut terasa pelik dan janggal. Jadi mereka bertanya " Wahai Amirul Mukminin, kenapa kau terima teguran dia, sedangkan dia seorang peminum arak?"
Apa jawapan Saidina Umar "Ya, dia berdosa kerana meminum arak, tapi teguran dia kepadaku adalah benar." Lihat di situ, Saidina Umar menerima teguran seorang peminum arak.
Pengajarannya : Islam apa kalau mengkritik mereka yang dikata ulama dan majlis syura dalam bab politik terus dianggap tak wala, tak patuh dan haram? Siapa yang dikata ulama-ulama dalam Dewan Ulamak PAS Pusat tu tak boleh dikritik dan wajib patuh kalau nak dibandingkan dengan Khalifah Umar? Bila ada pihak yang cuba mengkritik dalam bab politik mereka yang dikata ulama dalam Pas, para penyokong akan marah dan bertanya siapa kamu untuk mengkritik ulama? Bukan soala siapa kamu tapi siapa yang dikata ulama itu berbanding Khalifah Umar (yang jadi rujukan Lim Guan Eng..) ?
Ramai ahli-ahli Pas seperti tak cukup tarbiah. Mereka ini jadi perosak kepada jamaah Islam Pas. Nama sahaja parti Islam tapi sesama pemimpin Pas saling tuduh menuduh, serang menyerang antara satu sama lain. Begitu juga anggota dan penyokong bawahan Pas saling berperang sesama sendiri. Saya tak hairan kalau yang berperangai begitu adalah ahli-ahli UMNO atau PKR, tapi ini adalah parti yang dikata menjadikan Al-Quran dan Hadith sebagai pegangan dan rujukan utama. Kalau dikata Al-Quran sebagai rujukan utama kenapa tak letakkan Al-Quran di tengah-tengah ketika bertelingkah seperti sekarang ini? Mana yang dikata adab dan tertib Islam dalam berbalah? Perkara yang dibalahkan adalah isu politik, bukan isu hukum yang dah tetap hukumnya, politik adalah kaedah dan strategi. Hukum hanya sebagai panduan mana boleh mana yang tak boleh...Harap pimpinan Pas duduk berbincang dalam suasana ukhwah Islam utk menyelesaikan berbagai isu yang berbangkit dari seorang bekas MB yang bukan pemimpin Pas dan bukan juga ahli Pas...
Hidup umno....hancur pakatan...inilah kalau ada ulamak celup crita dari blog bagi Komen.
Post a Comment