• Nik Abduh Nik Abdul Aziz Nik Abduh Nik Abdul Aziz
1 / 1
TUMPAT – Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu  yang mendesak ulama Pas untuk keluar dari kepompong kerana dianggap melemahkan parti merupakan kenyataan yang dianggap sedikit keterlaluan.

Mengulas lanjut, Nik Abduh menganggap apa yang dikatakan oleh Mat Sabu itu sebagai ‘suatu yang tidak kena’, namun beliau tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai kenyataan tersebut.

“Saya berpandangan ada desakan supaya Pas maju ke hadapan dan kenyataan beliau seolah-olah meminta Pas untuk ‘buka baju’.

"Sebenarnya kalau kita nak nampak menarik, kita perlu basuh baju, bukan buka baju. Pakaian kamu itu kamu perlu cuci. Saya ada baca kenyataan beliau tadi, dan saya fikir kenyataan beliau agak tidak kena,” katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun beliau menghormati kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohammad.