Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DALAM MASALAH MB, JANGAN TANYA SANA SINI, TANYA PRESIDEN

Saturday, September 6, 2014

Zawawi dinasihat tidak menipu rakyat Malaysia guna nama Majlis Syura PAS oleh Blogger PAS..

Mula-mula kita baca dulu apa yang Malaysiakini laporkan mengenai isu senarai nama calon MB Selangor yang kononnya telah diputuskan oleh Majlis Syura PAS menurut Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS ini..

Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh mengesahkan bahawa badan tersebut bertanggungjawab memutuskan senarai baru yang menggariskan nama calon bagi jawatan menteri besar Selangor.

"Ya... ya betul. Majlis Syura yang putus nama. Majlis Syura ini badan tertinggi (dalam PAS)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau mengulas mengenai laporan akhbar hari ini yang memetik kenyataan setiausaha agung parti itu, Datuk Mustafa Ali berhubung peranan Majlis Syura dalam membentuk senarai kontroversi itu.

Laporan Utusan Malaysia menyebut, Mustafa mendedahkan bahawa tiga nama calon berkenaan – dua ADUN PKR dan seorang dari PAS – dipilih untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor.

Mustafa juga enggan mendedahkan nama calon itu kerana ia berkait dengan urusan Majlis Syura Ulama.

Sementara itu, Zawawi turut ditanya mengenai kenyataan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang tidak tahu menahu mengenai laporan berhubung senarai baru yang dihantar kepada istana.

Nik Zawawi sekadar berkata: “(Mohamad) bukan Majlis Syura."....

...... Bagi kita yang tak tahu menahu tentang prosuder atau peraturan serta hal ehwal Majlis Syura ini, sudah tentu mempercayainya bulat-bulat..

Tetapi bagi mereka yang arif atau sekurang-kurangnya tahu selok belok perjalan Majlis Syura PAS sudah tentu akan mempertikaikan kenyataan Zawawi itu..

Kenyataan Zawawi itu tidak lebih dari satu cubaan untuk memperbodohkan rakyat dengan cara menipu menurut seorang Blogger PAS.

Kerana menurutnya... Majlis Syura Ulamak perlukan notis tidak kurang 14 hari dari tarikh mesyuarat dan cukup korum untuk bermesyuarat iaitu sekurang-kurangnya sembilan (9) orang ahli Majlis seperti peruntukan Fasal 8..

Dan bila notis dikeluarkan soalnya?

Baca apa yang ditulisnya ini...

Asas
Menurut Fasal 8(9) Majlis Syura perlukan notis tidak kurang 14 hari dari tarikh mesyuarat dan cukup korum untuk bermesyuarat iaitu sekurang-kurangnya sembilan (9) orang ahli Majlis seperti peruntukan Fasal 8 (10). (Nota: Jumlah keseluruhan ahli Majlis Syura adalah 16 orang)

Isykal:
1. Bilakah Majlis Syura Ulamak (MSU) bermesyuarat dan menamakan tiga nama calon Menteri Besar Selangor, sebagaimana didalih Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang?

2. Bilakah notis panggil mesyuarat dikeluarkan? (tunjuk bukti hitam putih surat itu)

3. Namakan sekurang-kurangnya 9 ahli Majlis yang terlibat berbuat keputusan tersebut, jika mesyuarat MSU itu rasmi?

Tiga soalan ini perlu dibuktikan terlebih dahulu.

Hakikat
Yang pasti pengakuan Nik Zawawi seperti berita di atas jika dibuat sekalipun, jelas tidak sah kerana disertai 4 orang sahaja (tidak cukup korum).

Kaedah fiqh menyebut: Al-aslu fi al-kalami al-haqiqatu

Ghalabatuz Dzon (Sangkaan Kuat yang Berasas)
Saja nak tanya, bila Nik Zawawi nak menipu ahli PAS bahawa MSU dah mesyuarat dan putuskan Lim Guan Eng tak layak jadi Ketua Menteri Pulau Pinang sebab Setiausaha Agung DAP itu kapiaq?

Nasihat
Takutlah dengan inzar Allah SWT seperti ayat al-Quran di bawah ini:

"Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri (kerana merekalah yang akan menerima akibatnya yang buruk), sedang mereka tidak menyedarinya. [Surah Al-An'aam: 123]

Elok Nik Zawawi jangan menipu rakyat Malaysia atas nama Islam, Majlis Syura Ulamak PAS

Siapa yang bagi info pasal ni?.. lihatlah di ( SINI )

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.