Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DEGIL, GILA, BANGANG BERPOLITIK

Orang melayu pintar berpolitik dan bersemangat tinggi pada perengkat awal berpolitik. Apabila mereka hampir berkuasa maka nada politik mereka agak terpesong kepada  kebendaan dan bersifat rakus merampas kuasa sesama sendiri, akhirnya mereka terbenam, tersungkur bisu disitu.

Orang melayu suka berpolitik berandai-andai. Andainya PAS keluar PR, andainya PKR dan DAP keluar PR maka PAS yang akan menderita ? Inilah andaian yang dinyanyikan oleh orang yang tidak tahu suasana politik di sebuah negara yang bersifat majmuk di negara ini

PAS dikatakan akan keluar PR ? Sedangkan PAS tidak pernah menyuarakan keluar daripada PR, jika adapun suara sumbang demikian  maka itu adalah suara menggertak dan ugutan kepada PAS yang dikatakan akan kalah tersungkur ? Kenyataan ini menampakkan PAS sahaja yang dikatakan akan rugi ? PKR dan DAP akan menang dan untung ?  Sebenarnya kenyataan ini sangat memperlekeh PAS sebagai sebuah parti yang sangat lemah, seolah-olah PAS hanya akan menang dengan bantuan PKR dan DAP, sementara PKR dan DAP tetap terus untung kerana mereka kuat ?  (Sila baca dibawah)  - Pak Karamu                                                                                                               

Jangan ingat PAS sahaja yang rugi Oleh SUBKY LATIF


Jangan ingat PAS sahaja yang rugi Oleh SUBKY LATIF

TS Muhammad Muhd Taib, ahli PAS dan bekas Menteri Besar Selangor mengingatkan kerugian besar bagi PAS kiranya keluar daripada Pakatan Rakyat dan saya yakin beliau pun tahu PAS tidak akan keluar daripada Pakatan kecuali dikeluarkan atau DAP dan PKR keluar daripada Pakatan Rakyat.

Yang rugi jika PAS terkeluar daripada Pakatan Rakyat atas apa sebab jua, bukan sekadar PAS tetapi semua kerabat kumpulan itu termasuk DAP malah Anwar Ibrahim sendiri.

Jangan fikir PAS saja akan hilang banyak kerusi, PKR juga akan hilang. PKR tidak boleh bergantung pada undi bukan Melayu saja. Sebahagian daripada undi Melayu masih bersama Umno. Jika berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan PKR, jangan fikir PAS yang kalah bahkan PKR juga akan ada yang kalah.

DAP mungkin dapat pertahankan banyak kerusi kerana tidak bergantung kepada undi Melayu, tetapi ia akan hilang penyokong Melayu di seluruh negara. Melayu Umno memang tidak menyokong DAP. DAP boleh masuk kampung sekarang kerana ia di bawa oleh penyokong PAS. Kalau PAS sudah tidak bersamanya, mungkin ia terpaksa mengambil 50 tahun lagi untuk jadi parti Malaysian Malaysia.

(Diantara petikan dari veteran Subky Latif)

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.