Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TUNGGU HASIL MESYUARAT JAM 5.30 PETANG INI ATAU ....

Setelah terima surat daripada istana, PKR akan adakan mesyuarat. Atau tidak akan adakan mesyuarat, jika ikutkan ketegasan PKR dan DAP yang bertegas mahu kekalkan selera  mahukan kepada hanya Wan Azizah sahaja maka kita hormati ketegasan PKR dan DAP itu dan kita akan lihat kuasa yang mana yang lebih mutlak diantara PKR dan DAP  dengan kuasa Istana

Ramai rakyat Selangor khasnya dan Malaysia amnya tidak tahu kuasa yang mana yang lebih utama diantara kuasa DAP dan PKR dengan kuasa istana. Kebanyakan rakyat Selangor khususnya yakin kuasa kehendak PKR dan DAP yang lebih utama kerana itulah PKR dan DAP tetap bertegas dengan keputusan mereka mencalonkan hanya Wan Azizah sahaja sekalipun istana telah menetapkan syaratnya

Andainya nanti PKR membuat keputusan akan mengikut nasihat istana maka sahlah bahawa Rakyat Selangor khasnya telah tertipu dengan ketegasan PKR dan DAP, Reformasi ! Reformasi !, Reformasi ! Reformasi ! - Pak Karamu

 

Khamis, 4 September 2014

Biro Politik PKR bincang surat daripada Istana Selangor petang ini

 KUALA LUMPUR: Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bermesyuarat petang ini bagi membincangkan maklum balas kepada surat daripada Sultan Selangor yang difahamkan meminta lebih dua nama selain Presiden parti itu, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.
Mesyuarat akan diadakan pada pukul 5.30 petang di ibu pejabat. Jemputan dihantar kepada ahli biro politik PKR sesi 2014/2017 dan memerlukan pengesahan penerimaan untuk kehadiran.
Surat jawapan isu pelantikan menteri besar daripada Istana Selangor dihantar pada petang Rabu ke ibu pejabat PKR
Sementara itu, seorang pemimpin kanan PKR turut mengesahkan menerima jemputan sama untuk menghadiri mesyuarat tersebut.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, antara lain isi kandungan surat pihak istana itu memperingatkan agar lebih daripada dua nama dikemukakan kepada Sultan Selangor selain memaklumkan tidak ada penolakan terhadap nama Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor.
Bagaimanapun tidak lama kemudian, Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil mengeluarkan kenyataan media memaklumkan kenyataan itu belum dimuktamadkan dan ditarik balik.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Tahniahlah anwar...

tetiba aku teringat peribahasa dulu kala.
1. orang tamak selalu rugi, macam anjing dengan bayang-bayang.
2. ayam terlepas, tangan bau tahi.
3. yang dikejar tak dapat, yang dikendung keciciran.

Kepada penyokong anuar....
1. dengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan.
2. burung terbang dipipiskan lada!!!

Jawatan Menteri Besar bukan milik sesiapa waima anwar, azizah, khalid atau sesiapa sahaja. Ia milik rakyat. Jika tak nak ikut prosedur biasa, untuk bertindak lebih adil, rasanya PENGUNDIAN SEMULA perlu diadakan.

Kahkahkahkah
sama-sama tengok siapa bakal berputih mata!!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.