'Hebat bukan lesen besar pertikai Majlis Syura'
KULAIJAYA - 'Kehebatan' sesetengah pemimpin Pas tidak boleh dianggap
sebagai lesen besar sehingga boleh mempertikai keputusan Majlis Syura
Ulama, yang selama ini menjadi teras dan tunjang kepada kepimpinan parti
itu.
Setiausaha Dewan Ulama Pas Selangor, Izwan Baidawi berkata, ada kalangan ahli dan pemimpin parti itu yang 'seronok' dengan istilah tahaluf siyasi (kerjasama politik) sehingga terlupa yang mereka masih ahli Pas.
"Ulama perlu jadi benteng dan pemandu supaya ahli-ahli tidak terpesong sehingga menolak pendirian atau keputusan yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama. Kita perlu sama-sama memahami.
"Hebat bukan lesen besar sehingga mempertikai keputusan Majlis Syura Ulama," katanya ketika membahaskan ucap tama Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yakob pada Muktamar tahunan ke-53 Dewan Ulama Pas di sini, hari ini.
Beliau turut mengingatkan ahli Pas supaya tidak berbalah tetapi sebaliknya menjadikan muktamar itu medan pencernaan idea dan pendapat bagi mengatasi isu dalaman parti pada masa kini.
"Ada kaedah lain dan terbaik untuk merungkai sebarang permasalahan," katanya.
Sementara itu, wakil Ulama Pelapis Dewan Ulama Pas, Hairul Nizam Hussein pula menyifatkan percanggahan pendapat sebahagian pemimpin parti itu terhadap keputusan Majlis Syura Ulama baru-baru ini, merisaukan dan sesuatu yang kritikal.
"Sebahagian pemimpin Pas mengeluarkan pendapat bercanggah terhadap keputusan Majlis Syura Ulama sehingga timbul persoalan sama ada keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama boleh diperbahaskan," kata beliau.
Sehubungan itu, ulama pelapis mempunyai tanggungjawab untuk menjadi benteng dan tonggak Ulama Pas dan Majlis Syura Ulama terutama ketika ada pihak yang mempertikaikan kredibiliti Majlis Syura Ulama.
Beliau turut mengingatkan anggota dan pemimpin Pas bahawa mereka tertaklukdi bawah parti dan bukannya pakatan pembangkang.
"Sekali lagi saya tegaskan, kita perlu sedar kita bukan berada dalam keadaan tenang. Apabila tuan guru dan pimpinan ulama dipertikai, saya bimbang ia boleh menjadi seperti barah.
"Hati-hati, takut nanti lepas ini Dewan Ulama diperkotak-katikkan, disampahkan dan (mungkin) tidak diperlukan lagi," katanya.
Seramai 543 perwakilan menghadiri muktamar Dewan Ulama itu. - Bernama

3 orang berkata:
Majlis syura bukanlah maksum. Sepatutnya boleh ditegur. Ada kalanya keputusan yang dibuat memperihatkan ketidakbijaksanaan dalam politik. Mereka bukannya pakar dalam semua hal. Politik ada seninya yang tersendiri. Menukar pemimpin bukanlah sesuatu yang tidak dibenarkan kerana pemimpin dipilih melalui majoriti DUN. Berfikirlah secara positif bukan didorong oleh kuasa yang ada Yang pasti bukan Islam melihat PAS tidak lagi boleh dipercayai. Untungkah?
Betul majlis syura ulama x maksum..tapi mereka duduk berbincang ramai dan membawa hujah masing berpandukan al-quran dan hadis,kias,ijmak.. Untuk menyelesai masalah yg dihadapi umat islam..serta parti politik.. Kerana setiap keputusan akan dijawab dihadapan allah swt kelak dihari pembalasan. Jangan lah kita memperbodohkan diri yang jahil pada agama.sbb kita pn x ambil berat nilai2 islam.. Diam lebih baik dr cakap.
Ada tak MSU bincang camno ahlinya yg bernama Zaharuddin@menantu presiden boleh ada lebih 400,000 saham Perangsang Selangor? Ada tak MSU tanya/siasat dari mana Ustaz Din tu dpt duit sebanyak tu (400000 x RM1/unit=RM400000).
Harap MSU lebih telus dlm memilih ahlinya... ahli yg berintegriti bukan sbb hubungan istimewa ngan pemimpin atau presiden atau anak senegeri!!!
Post a Comment