Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HEK ELEH, SEKEJAB KATA BUKAN BUDAYA SEKEJAB KATA PULA BUDAYA

Ahli Umno diminta kembalikan budaya debat
  • Abdul Rahman Dahlan
1 / 1
JOHOR BAHRU - Ahli Umno perlu mengembalikan budaya debat dan diskusi ilmiah bagi membolehkan pelbagai isu yang melanda negara ini diperjelaskan dengan lebih baik kepada rakyat, kata anggota Majlis Tertinggi parti Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, budaya debat dan diskusi ilmiah yang segar juga akan dapat membantu parti membentuk persepsi dan minda rakyat tentang sesuatu isu.

"Kita perlu kembali ketika di zaman awal Umno di mana pemimpin-pemimpin terdahulu menentang pembentukan gagasan Malayan Union dengan berdebat dan berdiskusi secara ilmiah sehingga usaha untuk membentuk gagasan penjajah itu gagal," katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Tebrau di Ulu Tiram, dekat sini, hari ini.

Abdul Rahman berkata menurut pemerhatiannya, budaya debat dan berdiskusi pada ketika ini segar dalam kalangan pemimpin pembangkang.

Beliau turut menepis dakwaan yang mengatakan Umno sebagai sebuah parti perkauman, dengan menegaskan parti tidak akan berkongsi kuasa dengan parti-parti politik lain dalam mentadbir negara ini jika ia parti perkauman. - Bernama

2 orang berkata:

Anonymous said...

Nak debat camna x reti, reti songlap ja

Anonymous said...

Debat sesama umno bolehlah dengan tajuk sispa dapat baham paling banyak duit rakyat

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.