Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Dasarnya meliputi seluruh alam

Monday, September 15, 2014


Waw...Besarnya PAS!



Betul ker ni? Takkan Sultan nak buat keputusan lantik MB kena tunggu selepas PAS bermuktamar?
Istana hanya putuskan siapa MB selepas muktamar PAS, kata sumber
Published: 15 September 2014
Pihak Istana Selangor akan mengambil kira apa yang berlaku dalam Muktamar PAS sebelum memilih menteri besar Selangor baharu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 September, 2014. 

Pihak-pihak yang berminat untuk mendapatkan jawatan menteri besar Selangor boleh terus melobi kerana pihak Istana Selangor hanya akan membuat keputusan selepas Muktamar PAS yang berakhir 20 September ini, kata sumber.
Menurut sumber PAS, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan mengambil kira apa yang berlaku dalam muktamar itu sebelum memilih mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang diyakini mendapat sokongan majoriti untuk dilantik sebagai MB Selangor.
"Saya dimaklumkan, Tuanku hanya akan membuat keputusan selepas muktamar nanti," kata seorang pemimpin kanan PAS.
Sumber itu memberitahu, Sultan Selangor mahu melihat apakah PAS akan kekal atau keluar PR selepas muktamar nanti.
Muktamar penuh PAS akan berlangsung dari 18 hingga 20 September di Batu Pahat, Johor, manakala dewan-dewannya akan bersidang mulai 16 hingga 17 September di tempat berasingan di Johor.
Seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Nasrudin Hassan berkata, ada pihak dalam parti Islam itu mahu menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan sasarannya adalah muktamar parti Islam itu yang ke-60 di Batu Pahat.
Walaupun sudah dinafikan sebelum ini, Nasrudin tetap mendakwa Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) bertujuan menjatuhkan kepimpinan presiden PAS itu.
Menulis di laman Facebooknya, ahli Parlimen Temerloh itu mendakwa, pertemuan PasMa pada 31 Ogos lalu di Kota Baru menunjukkan perancangan sebenarnya mahu menukar presiden.
Kedudukan Hadi penting dalam konteks krisis di Selangor kerana beliau dikatakan terus mahukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar.
PKR dengan sokongan DAP serta dua Adun PAS (30 Adun dari 56) mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor namun di tolak Hadi.
Pada awalnya, PAS yang dipimpin beliau mencadangkan Dr Wan Azizah dan timbalannya Mohamed Azmin Ali namun ia tidak kesampaian dalam dua surat yang dihantar Hadi kepada istana.
Pada 2 September, Hadi menamakan tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Selangor dari PAS sebagai calon menteri besar.
Namun Hadi menghantar satu lagi surat pada 3 September dan menamakan dua Adun PKR dan satu Adun PAS sebagai calon tanpa nama Dr Wan Azizah dan Azmin.
PAS dikatakan berbuat demikian kerana mematuhi titah Sultan Selangor yang mahukan lebih dari dua calon dihantar.
Ekoran kegagalan PKR dan DAP berbuat demikian, Sultan Selangor murka kepada kedua-dua parti itu.
DAP memohon maaf dan berkata akan berbincang dengan PKR sebelum langkah seterusnya diambil. – 15 September, 2014.

6 orang berkata:

Anonymous said...

dasar yg x sepatotnya dibawa kedalam 1 jalan dgn jalan yg karpal singh guna....apabila dasar itu dibawa 1 jalan dgn jalan yg karpal singh guna,maka karpal singh dan penyembah2 berhala lain di parlimen telah berkuasa ke atas dasar ni,keizinan/undi mereka yg menyembah berhala berkuasa menentukan untung nasib dasar ni...inila undang2 dasar di jalan yg karpal singh guna ni..sebelum masuk situ xkan x tau ape yg undang2 terkandung dlm jalan yg karpal singh guna ni...?menipu diri ke menipu org?huhu...

awekaste said...

Lu yg tara guna

Anonymous said...

Si din ni klau msk umno aku sokong sgt2..

Anonymous said...

Umno bn sdg memegang remote control..menunggu masa yg sesuai utk check mate pr...

Anonymous said...

Minta majlis raja-raja msyuarat dan memberi isyarat untuk brtanding dalam pilian raya hanya pada melayu islam sahaja..seluruh malaysia

Anonymous said...

awekaste,ko g makan rumput yg parti ko bagi tu je dh la hehe..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.