Monday, September 15, 2014
Waw...Besarnya PAS!
Betul ker ni?
Takkan Sultan nak buat keputusan lantik MB kena tunggu selepas PAS bermuktamar?
Istana hanya putuskan siapa MB selepas muktamar PAS, kata sumber
Istana hanya putuskan siapa MB selepas muktamar PAS, kata sumber
Published: 15 September 2014
Pihak Istana
Selangor akan mengambil kira apa yang berlaku dalam Muktamar PAS
sebelum memilih menteri besar Selangor baharu. – Gambar fail The
Malaysian Insider, 15 September, 2014.
Pihak-pihak
yang berminat untuk mendapatkan jawatan menteri besar Selangor boleh
terus melobi kerana pihak Istana Selangor hanya akan membuat keputusan
selepas Muktamar PAS yang berakhir 20 September ini, kata sumber.
Menurut
sumber PAS, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan mengambil kira apa yang
berlaku dalam muktamar itu sebelum memilih mana-mana Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) yang diyakini mendapat sokongan majoriti untuk dilantik
sebagai MB Selangor.
"Saya dimaklumkan, Tuanku hanya akan membuat keputusan selepas muktamar nanti," kata seorang pemimpin kanan PAS.
Sumber itu memberitahu, Sultan Selangor mahu melihat apakah PAS akan kekal atau keluar PR selepas muktamar nanti.
Muktamar penuh
PAS akan berlangsung dari 18 hingga 20 September di Batu Pahat, Johor,
manakala dewan-dewannya akan bersidang mulai 16 hingga 17 September di
tempat berasingan di Johor.
Seorang Ahli
Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Nasrudin Hassan berkata, ada pihak dalam
parti Islam itu mahu menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan
sasarannya adalah muktamar parti Islam itu yang ke-60 di Batu Pahat.
Walaupun sudah
dinafikan sebelum ini, Nasrudin tetap mendakwa Persatuan Ummah Sejahtera
Malaysia (PasMa) bertujuan menjatuhkan kepimpinan presiden PAS itu.
Menulis di
laman Facebooknya, ahli Parlimen Temerloh itu mendakwa, pertemuan PasMa
pada 31 Ogos lalu di Kota Baru menunjukkan perancangan sebenarnya mahu
menukar presiden.
Kedudukan Hadi
penting dalam konteks krisis di Selangor kerana beliau dikatakan terus
mahukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar.
PKR dengan
sokongan DAP serta dua Adun PAS (30 Adun dari 56) mencalonkan Datuk Seri
Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor namun di tolak
Hadi.
Pada awalnya,
PAS yang dipimpin beliau mencadangkan Dr Wan Azizah dan timbalannya
Mohamed Azmin Ali namun ia tidak kesampaian dalam dua surat yang
dihantar Hadi kepada istana.
Pada 2
September, Hadi menamakan tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
(exco) Selangor dari PAS sebagai calon menteri besar.
Namun Hadi
menghantar satu lagi surat pada 3 September dan menamakan dua Adun PKR
dan satu Adun PAS sebagai calon tanpa nama Dr Wan Azizah dan Azmin.
PAS dikatakan berbuat demikian kerana mematuhi titah Sultan Selangor yang mahukan lebih dari dua calon dihantar.
Ekoran kegagalan PKR dan DAP berbuat demikian, Sultan Selangor murka kepada kedua-dua parti itu.
DAP memohon maaf dan berkata akan berbincang dengan PKR sebelum langkah seterusnya diambil. – 15 September, 2014.
Posted by
mountdweller
6 orang berkata:
dasar yg x sepatotnya dibawa kedalam 1 jalan dgn jalan yg karpal singh guna....apabila dasar itu dibawa 1 jalan dgn jalan yg karpal singh guna,maka karpal singh dan penyembah2 berhala lain di parlimen telah berkuasa ke atas dasar ni,keizinan/undi mereka yg menyembah berhala berkuasa menentukan untung nasib dasar ni...inila undang2 dasar di jalan yg karpal singh guna ni..sebelum masuk situ xkan x tau ape yg undang2 terkandung dlm jalan yg karpal singh guna ni...?menipu diri ke menipu org?huhu...
Lu yg tara guna
Si din ni klau msk umno aku sokong sgt2..
Umno bn sdg memegang remote control..menunggu masa yg sesuai utk check mate pr...
Minta majlis raja-raja msyuarat dan memberi isyarat untuk brtanding dalam pilian raya hanya pada melayu islam sahaja..seluruh malaysia
awekaste,ko g makan rumput yg parti ko bagi tu je dh la hehe..
Post a Comment