HADI TERPAKSA TERANGKAN APA YANG SEBENARNYA BERLAKU, SEMUA PUNCA ADALAH DARI PKR DAN DAP AKAN TETAPI PAS YANG MENANGGUNG RESIKO KENA MAKI HAMUN, PAK KARAMU HARAP AKAN ADA LAGI YANG BUAT TOHMAHAN TERHADAP PAS, SUPAYA AKAN ADA LAGI CERITA YANG LEBIH BUSUK MEMEKONG AKAN KELAUAR, SILA, SILALAH BUKA MULUT LONGKANG KAMU - Pak Karamu
Jawapan Hadi tentang 'tarik Ku Li jadi PM'
SHAH ALAM - "Rombongan yang mula-mula jumpa Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) bukan kita (Pas), PKR jumpa dahulu.
“Mereka ajak Ku Li sertai PR. Kemudian DAP pula ajak," demikian penjelasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menjawab persoalan peserta di Majlis Dialog dan Penjelasan Isu Terkini Bersama Presiden Pas di Dewan Tok Guru, Rusila semalam mengenai isu Pas meminta Ku Li menjadi Perdana Menteri sekiranya PR menang pada PRU13 lalu.
“Mereka ajak Ku Li sertai PR. Kemudian DAP pula ajak," demikian penjelasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menjawab persoalan peserta di Majlis Dialog dan Penjelasan Isu Terkini Bersama Presiden Pas di Dewan Tok Guru, Rusila semalam mengenai isu Pas meminta Ku Li menjadi Perdana Menteri sekiranya PR menang pada PRU13 lalu.
Namun, Abdul Hadi mendakwa, Ku Li sama sekali tidak melayan permintaan
parti tersebut, justeru Pas diminta oleh rakan PR agar memujuk Ku Li
bagi menyertai pakatan itu.
"Ku Li tidak menolak menyertai kedua-dua parti itu. Rakan kita (PKR,
DAP) datang jumpa kita (Pas) suruh Pas pujuk... Kitapun pujuklah masuk
Pas, tetapi beliau (Ku Li) tak masuk Pas jugak.
"Itulah ceritanya yang berlaku, orang lain pujuk dahulu bukan kita,
orang yang bising itu kita kena fahamlah, tetapi inilah hakikat yang
sebenar," katanya.
Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli di sebuah forum
mendakwa, Pas pernah menolak cadangan menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim
sebagai Perdana Menteri sekiranya PR menang PRU13 sebaliknya menamakan
Ku Li sebagai pilihan mereka.
“Sehingga sebulan sebelum PRU13, Pas masih menolak pencalonan Anwar sebagai Perdana Menteri kerajaan PR,” ujarnya lagi.
15 orang berkata:
Kamu ni dengan Hadi Awang dah sama-sama nyanyuk kot? Kalau ye pun PKR dan DAP berjumpa Ku Li bukannya nak tawarkan jawatan PM apabila menang PRU13 sekadar mempelawa masuk ke dalam parti mereka untuk menyemarakkan sokongan. Tetapi Harun Din, Hadi Awang dan Nasya pergi berjumpa Ku Li untuk tawarkan jawatan PM apabila PR berjaya menawan Putrajaya. Si Tua konservertif macam kamulah yang merosakkan pemikiran masa hadapan anak-anak muda pemimpin akan datang dengan sokongan melampau "yahudi tua" terhadap Hadi Awang. Lebih baik kamu selawat selepas solat ditujukan untuk "Nabi" kamu si Hadi Awang. Si Tua yang buta kayu.......
keaian aku tengok pendukung2 politik ni...
yg penting ko buat perkara yg sama x??bukan kira sapa pertama sapa kedua..ko pun buat x benda yg sama walaupun ko yg kemudian?
hehe..
kena belajar akidah betul2 dulu baru boleh komen kalau tidak sampai tua x paham apa itu PAS
nggong
Isunya bukan siapa yang dulu. Tapi fahami betul betul apa yang di tulis.RAFISI TELAH MENYATAKA HAJI HADI JUMPA KU LI.DAN TAWARAN PM KPD. KU LI.
ITU YANH CUBA DIJELASKAN BUKAN HANYA PAS, TAPI PKR JUGA BERBUAT DEMEKIAN.
kalau ya pun, pas menawar.jawatan pm kpd. Ku li memang layak.kalau dibanding dengan anwar ,macam langit dengan bumi.
Tengoklah baru dapat selangor dah huru hara jadi nya. Entahlah apa akan jadi kalau perintah malaysia.
Kalu x dokong politik itu tak afa prgangan namanya atau bingung x tahu mana nak pilih kena belajarlah dul jangan jadi bangang samoai bila* bila
Saudara anuar Ibrahim patut bersara dalam politic...tumpukn kes nya perbanyakkan amalan akhirat.... Macai macai yang suka kritik Para Ulama elok tengok diri sendiri dulu cukup ker amalan korang?baca Al Quran. Belajar hadis dan ikut sunnah Nabi SAW...pasti Selamat itu JANJI ALLAH.
Macai2 pkr ni bukan sekolah agama pun...puak sekular ni...bkn tau apa hukum hakam, main terjah je...yg korang sibuk sgt dgn tghh tu buat apa...bkn korang punya hal pun...kalau benar perjuangan anwar allah x izin dia dihina krn meliwat...dh la x mau sumpah...mcm2 kona dia buat..sampai pas pun dpt tempias busuknya.
sudah la ko macai hehe
Adu domba, bagus la.
Buat per nk sokong anwar.. x ttp pendirian.. patutnya x der masalah klu anwar tending KT kajang masa pru13..ni nk menyusahkan rakyat Selangor dan sultan..dasar keras kepala..x paham titah sultan..lagi pun negeri mereka x der sultan atau Raja.tu sbb x tahu tatacara/adap bila berurusan
Dgn Sultan..
Saya sokong tindakan presiden,selama ini pkr dan dap melayan pas sprti parti serpihan,tp mereka lupa bahawa kekuatan pakatan sebahagian besarnya dtg dr pas,jadi skrg barulah pkr dan dap buka mata atas segala yg tuan guru lakukan untk pas,demi maruah parti islam semalaysia,syabas tuan guru haji hadi
Tghh bijak tp almarhum ustaz fadzil jauh lebih bijak...
Byk la ko punya huru hara..
Nuar msh diperlukan..ko yg patut brsara..
Post a Comment