Istana Selangor sahkan terima 3 nama dari Pas
SHAH ALAM - Istana Selangor hari ini mengesahkan Pas menghantar tiga
nama untuk dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar Selangor yang
baharu.
Bagaimanapun sumber dari Istana, ketika dihubungi Bernama, tidak mendedahkan nama calon-calon berkenaan.
Perkara itu turut diakui sumber terdekat kerajaan negeri bahawa Pas telah menghantar tiga nama kepada pihak istana.
"Urusan surat-menyurat mengenai nama calon itu juga dikendalikan secara peribadi oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah," kata sumber itu.
Akhbar hari ini melaporkan Pas dikatakan menghantar tiga nama anggota Exco kerajaan negeri Selangor daripada parti itu sebagai calon untuk jawatan tertinggi pentadbiran Selangor.
Tiga calon yang dilaporkan ialah Iskandar Abdul Samad, Sallehen Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi. Bagaimanapun ketiga-tiga mereka mendakwa tidak tahu menahu mengenai perkara itu.
Pada 26 Ogos lepas, Sultan Selangor bertitah agar parti-parti dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP, PKR dan Pas mengemukakan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar yang baharu.
Baginda bertitah demikian selepas menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sehingga proses pelantikan menteri besar baharu selesai.
PKR dan DAP bagaimanapun sehingga kini kekal dengan keputusan mereka mahukan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar yang baharu.
Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata pihaknya tidak mengetahui sama ada nama Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali tidak terkandung dalam senarai nama menteri besar yang telah dihantar itu.
"Kami, ahli jawatankuasa Pas Pusat tidak tahu menahu akan nama baharu ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada 17 Ogos lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Adun Ijok daripada PKR, Dr Idris Ahmad enggan mengulas ketika ditanya sama ada namanya turut disenaraikan oleh Pas sebagai calon menteri besar yang baharu. - Bernama

3 orang berkata:
Awat lah haji hadi buat lagu tu. Org islam kena pegang pada janji. Kedah pun x boleh jaga ni kan selangor. Kita tukar presiden. Lagi pun dia bukan mau dgr cakap org lain kecuali menantu dia
Kalau pkr dan dap masih ada maruah
Jangan buat u turn macam. Kekalkan dengan satu.nama
Wan azizah.pakar undang undang dah cakap sultan kena terima wan azizah dengan sokongan 30 adun.
Kalau pkr atau dap retreat bererti Pas betul dalam tindakannya
PAS BUKAN PARTI TAK CERDIK
TAPI PKR DAN DAP TERNYATA BODOH. APA KOMEN AZIZ BARI NANTI?
Salam
Sultan minta lebih dari 1 nama
PAS hormat kepada Sultan Selangor.
Ini yang terbaik.
Post a Comment