Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PENGANALISA POLITIK JANGAN SEMBRONO, KAMU PINCANG AKAL

APA YANG PAK KARAMU LIHAT IALAH CARA PAS BERPOLITIK PADA AWALNYA ADA KETEGASAN TAPI PAS TIDAK DAPAT BERTAHAN DENGAN KETEGASANNYA KERANA DASAR PERJUANGANNYA MENGAMBIL KIRA DOSA DAN PAHALA, MENILAI DOSA DAN PAHALA INILAH DITELITI TERLEBIH DAHULU DAN TERPAKSA MENGAMBIL MASA KERANA POLITIK DI NEGARA INI DIMAIN SECARA BERLIKU-LIKU SERTA BERUBAH-UBAH,

DALAM MASA PAS MENGAMBIL MASA UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN, MEREKA TERPAKSA BERHADAPAN DENGAN TEKANAN, DIGESA, DI MAKI CACI, DI HERDIK OLEH KAWAN TANPA AKHLAK,  SEHINGGA KADANGKALA MEREKA TERPAKSA BERFIKIR DUA KALI UNTUK BEKERJASAMA, PAS TIDAK BOLEH BERPOLITIK SECARA IKUT  HAWA NAFSU, LAINLAH JIKA SESUATU ISU ITU DIMAKLUMI ATAU DIBINCANGKAN DARI AWAL DENGAN CARA BERTERUS TERANG SERTA JUJUR

SEMUA PENGANALISA POLITIK DI NEGARA INI JUGA DIGESA MEMBERIKAN PANDANGAN. MEREKA SUDAH TENTU MEMBERIKAN ANALISA KADANGKALA SECARA SEPONTAN, SEOLAH-OLAH MEREKA TERLALU PAKAR DALAM MENGANALISA SESUATU, MEREKA TERSANGAT MAKLUM TENTANG MENGAPA ADUN KAJANG MELETAK JAWATAN, MEREKA MAKLUM APA NAWAITU LANGKAH KAJANG, PENDEK KATA MEREKA TAHU SEGALA-GALA NAWAITU YANG TERSURAT DAN TERSIRAT, SEDANGKAN PAS SENDIRIPUN TIDAK TAHU SECARA JELAS, YANG BIJAK DAN PANDAI SERTA PAKAR IALAH PENGANALISA POLITIK, 

PAK KARAMU SUKA INGATKAN PENGANALISA POLITIK MURAHAN, JIKA  KAMU BERSIKAP IKHLAS MEMBUAT SESUATU ANALISA, MAKA KAMU PERLU MENINJAU SIKAP DAN SIFAT DUA BELAH PEHAK SECARA JELAS SERTA MEMAHAMI SERBA SEDIKIT TENTANG MUSLIHAT SESUATU ISU ITU DIMAINKAN, KEMUDIAN BARU KAMU MELAKUKAN ANALISA, JIKA KAMU  SETAKAT HANYA MEMPUNYAI MAKLUMAT DARI KENYATAAN AKHBAR ATAU AKLUMAT YANG TIDAK JELAS MAKA KAMU TELAH MELAKUKAN ANALISA  YANG MURAH DAN BODOH- Pak Karamu

 

Prof Agus Dan Dr. Mazlee Tegur Cara PAS Berpolitik


Penganalisis: Cara politik Pas 'ketinggalan'

SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan Pas sudah jauh tersasar daripada permainan politik abad ke-21 apabila sering dilihat berubah fikiran dalam kerjasama politik PR.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff mengulas perkembangan terkini membabitkan calon jawatan menteri besar yang dikemukakan Pas kepada istana Selangor.

“Pas kena jelas pendirian, ini tidak dalam mesyuarat PR dinyatakan lain, di media lain.

“Pas boleh berbeza pendirian dan pendapat, tapi keputusan yang dibuat oleh Pas itu mestilah jelas dan tetap pendirian, jika asyik tukar pendirian susah, hilang kepercayaan rakyat nanti," katanya kepada Sinar Harian Online.

Semalam tersebar spekulasi yang mendakwa kononnya Pas turut menghantar calon mereka untuk menjadi menteri besar.

Dakwaan ini dikuatkan lagi dengan laporan portal yang mengatakan Pas menghantar satu nama pemimpin parti itu selain dua nama calon dari PKR. Ada pula yang mendakwa Pas menghantar tiga nama pemimpin mereka.

Antara nama pemimpin Pas yang paling kerap disebut-sebut sebagai calon ialah Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad yang berpengalaman sebagai Exco Kerajaan Negeri sejak 2008. Selain beliau, dua exco lain iaitu Dr Ahmad Yunus Hairi dan Salehen Muhyi turut diramal mampu menggalas tugas itu jika dipilih sultan.

Namun, Iskandar ketika ditemui Sinar Harian menafikan namanya dicalonkan Pas Pusat sebagai salah seorang calon menteri besar, seperti yang dicanangkan.

Dalam perkembangan terkini, satu lagi kenyataan media Timbalan Presiden Pas menjadi viral di aplikasi WhatsApp mendakwa AJK Pas Pusat tidak tahu menahu mengenai senarai terbaru yang dihantar Pas ke istana Selangor pada 3 September.

"Saya tegaskan sekali lagi berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada 17 hb Ogos bahawa senarai calon yang sebulat suara diputuskanoleh ahli Pimpinan Pusat yang dipengerusikan Presiden parti ialah pertama Dr Wan Azizah dan kedua Mohamed Azmin Ali," ujar Mohamad Sabu. -SH

7 orang berkata:

Pak Karam said...

hehehe, halo pak karamu, cer baca teguran tu betui2. Masalahnya sekarang ni PAS dah flip flop. mula2 kata taknak calonkan MB dari parti PAS. sekarang ni ada pulak calon MB dari parti PAS. apa cerita?
majlis syura pun berbelit-belit lidah bercabang jugak ke?

kamu tu yg pincang akal. sembrono wala' pada pemimpin. sepatutnya wala' pada dasar parti.

Anonymous said...

Lantak.la PAS punya pendirian. PKR yg buat serabut politik selangor tu apa hal. PAS merasai wan azizah x layak jd MB, kerana.ada udang disebalik buaya. Drp lingkup selangor lebih baik pas blok dulu niat jahat pkr tu.

FIT said...

Tetap menyokong ketetapan ulama Dan pemimpin tertinggi Pas

Anonymous said...

Dalam perlembagaan pas tak sebut walaq kepada perlembagaan parti. Tetapi ahli pas,bila masok pas kena terima pas secara keselurohan.antaranya walag kpd.pemimpin . Kalau ada yang rasa mereka lebih pandai daripada pemimpin tak tak perlu walaq ,lebih baik keluar dan tuboh parti sendiri
Buat perlembagaan yang ikut selera sendiri.
Penganalisis dan yang menggelar diiri mereka pakar dalam politik haya sekelopok manusia yang hanya pandai berhujjah
Sedangkam hujjah meteka hanya andain dan retorik semata. Dam selalunya akan condong kepada pihak yang mereka setuju.
Berapa ramai pakar dan penganalisa politik dihantar oleh umno.untok mengkaji sikap pengundi kelantan tetapi hingga kehari ini tidal mampu merangka strategi untok menawam kelantan.
Tetapi strategi yang dirangka lebai lebai pondok berjaya mengekalkan kerajaan pas. Kelantan.

Anonymous said...

hehehe apa cerita kedah dan terengganu?

Anonymous said...

Kedah dan terangganu pkr yang buat onar. Arwah azizan sentiasa diugut oleh adun pkr nak lompat kalu tak ditunai permintaan meteka
Di terangganu,pkr tak sedar diri merasa mereka kuat
Tuntut bamyak kerusi.akhirnya berlaku pergesiran. Natijahnya ,pas gagal merampas terangganu.

FIT said...

Tiada Parti yang terbaik selain Pas... Ikut lh Pas adalah jalan terbaik buat semua

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.