Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ITAM-ITAM PULA KULIT ORANG PEH NI !


Jumaat, 19 September 2014

Panasss...Ada Pewakilan Yang Protes Sampai Baring..???



Hebat pembahas dalam Muktamar PAS hari ini. Siap minta Pemuda PAS yang keluar dewan diam-diam disiasat oleh badan tatatertib dan diambil tindakan.

 Dunia demokrasi akan mentertawakan mereka sedangkan selama ini demokrasi dan kebebasanlah yang beratib di bibir masing-masing.

 Yb Khalid Samad dan rakan-rakannya dari kalangan AJK PAS Pusat selalu mengulang-ulang dalam ucapan dan tulisan mereka

- jangan kita marah kepada pengkritik kita.. kita kena bersedia kerana nanti bila jadi kerajaan, kita kena biasa berdepan dengan kritikan rakyat. Ini baru protes senyap keluar dewan, sudah bergegar satu dewan dibahas. Pembahas pemuda PAS lagi matang. Saya dimaklumkan tidak ada pun yang sentuh tentang perkara itu dalam perbahasan mereka. Kecuali AJK Pemuda PAS Malaysia, Sany ketika penggulungan. Itu pun dia sentuh sepintas lalu sambil lawak tidak kelakar minta perwakilan bangun atas kerusi. Pelik..pelik.

Sepanjang pengamatan saya, tindakan Pemuda PAS yang keluar senyap-senyap itu pun boleh dikategorikan sebagai berakhlak. Mesti geng ustaz dan ulamak PAS tidak bersetuju dengan kenyataan saya ini. Ini negara demokrasi, izinkan saya untuk berbeza. Saya difahamkan melalui media, pemuda yang bangun itu kerana mereka tidak berpuas hati dengan Mohd Sabu sebab kononnya Mohd Sabu selaku Timbalan Presiden tidak banyak berperanan menguatkan Presiden PAS, malah sering dilihat bercanggah.

Pemuda PAS itu saya anggap sangat berakhlak sebab mereka tidak baling-baling kerusi seperti PKR. Mereka tidak mencetuskan huru-hara atau mengeluarkan kata-kata kesat. Saya andaikan mereka tengah marah. Orang marah, kalau dia sedang berdiri elok duduk. Kalau sedang duduk elok berbaring. Tapi tidak munasabah kalau mereka berbaring dalam dewan sebegitu.

 Daripada kemarahan mereka memuncak dan tidak terkawal, baguslah mereka keluar, ambil air sembahyang, sembahyang atau ambil angin di luar. Biar marah itu reda. Itu pun dilabel dengan pemuda biadap dan tidak berakhlak. Dalam perbahasan kata jangan mudah label, tapi sedar tidak sedar kita juga melabel. Pelik..pelik.

Bagi saya, itu hak pembahas PAS untuk mencadangkan supaya pemuda-pemuda itu disiasat dan diambil tindakan tatatertib. Cuma saya rasa pelik, kenapa protes keluar dengan senyap itu seolah-olah jadi isu paling besar untuk disiasat oleh badan tatatertib PAS sedangkan banyak lagi aduan terbuka dari ahli PAS yang tidak pula dibahas sampai menggegarkan dewan? Pelik.. pelik.

- Bagaimana dengan akhlak 2 orang adun PAS yang lompat sokong PKR itu? Veteran PAS Subky Latif sudah berulangkali sebut. Sudah dipanggilkah?

- Bagaimana dengan pengakuan YB Saari Sungit ada pemimpin PAS yang arah dan minta mereka lompat? Berakhlakkah dan sudah siasatkah?

- Bagaimana dengan tahap akhlak pemimpin PAS yang berbohong kononnya tidak tahu menahu dan tidak ada kaitan dengan Pasma, tetapi turut hadir sokong penubuhan Pasma, malah menyampaikan ucaputama? Sudah siasatkah?

- Bagaimana dengan akhlak ahli PAS yang menubuhkan Pasma dan menjadikan wacana Pasma tempat sindir dan perli presiden PAS?

- Bagaimana pula dengan AJK PAS pusat yang turut hadir dalam jemputan wacana Pasma dari sudut akhlaknya? Tidak perlu disiasatkah?

- Bagaimana dengan pembocor whatsapp group AJK PAS pusat itu? Betulkah dia pakai bluetooth? Bukankah itu isu akhlak yang sebenar?

- Bagaimana dengan laporan yang dibuat oleh kawasan-kawasan dalam muktamar pemuda PAS adanya penipuan daftar pemilih itu? Katanya hampir bergegar muktamar pemuda sehingga pengerusi tetap jatuh sakit? Sudah siasatkah?

- Bagaimana pula katanya ada penipuan tandatangan dalam buku laporan muktamar pemuda sebagaimana yang dinafikan oleh penama yang didakwa menandatangani? Sudah terjawabkah?

Saya rasa isu-isu akhlak dan penyelewengan di atas lagi berat dan besar bagi PAS yang perlu dibangkitkan oleh pembahas berbanding protes senyap pemuda-pemuda PAS itu. Jangan nanti orang luar melihat pembahas PAS seperti semut di seberang nampak, gajah di depan mata tidak perasan. Macam ketam mengajar anak berjalan lurus. Jangan sangka anda boleh menyihir para perwakilan PAS dengan ucapan yang berdegar-degar. Kasihan PAS, pembahas ucaputama pun hendak berpolitik. Pelik.. pelik

. SEKIAN .Saudara MSO,
18hb September 2014, 22.43pm, Malaysia.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Org yg minta siasat tu org mat syabu

Anonymous said...

Kas lebih pelik mso sokong pemuda yang sokong ulamak.
Bukan kah mso geng tukang besi bertapa antinya mso kepada ulamak.

Adakah ada ahli pas tulin, pasmas dan anwaris.
Maka pasmas bukan anwaris tetapi lebih daripada itu.
Adakah pasmas ditubuhkan oleh anwar sebagai back up apabila dilihat anwaris gagal, lembap malah takut untuk melawan TGHH secara berdepan.

Hairan bin ajaib.

Anonymous said...

Pulak dh..main tuduh2 je ye..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.