Pas kena pegang janji tolak jawatan MB
BATU PAHAT - Ketika isu jawatan Menteri Besar Selangor kembali hangat
diperkatakan susulan upacara angkat sumpah yang bakal berlangsung pada
Selasa, Pas hari ini digesa menolak jawatan itu jika calonnya yang
menjadi pilihan istana.
Perwakilan Perlis, Wan Khairizal Wan Khazim, menuntut Pas sebagai parti yang berintegriti, menolak jawatan itu berdasarkan kesepakatan yang dicapai pada mesyuarat PR 17 Ogos lalu.
"Ada kemungkinan lantikan menteri besar akan diberikan kepada Pas. Di atas nilai integriti, saya menggesa Muktamar Pas membuat ketetapan untuk menolak jawatan itu," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas ke-60 di sini, hari ini.
Wan Khairilzal berkata, presiden parti sentiasa mengingatkan bahawa Pas adalah parti yang berpegang kepada janji dan nilai moral yang tinggi.
"Justeru kita perlu menolak jawatan ini untuk menegaskan bahawa kita adalah parti yang mempunyai nilai integriti moral yang tinggi," katanya.
Turut menyatakan pendirian sama, perwakilan dari Negeri Sembilan, Mohd Khairul Anwar Mohd Wafa yang mahu Pas berpegang teguh kepada kesepakatan yang dicapai sebelum ini.
Menurutnya, tindakan itu sebagai langkah menghormati dasar setiakawan dalam PR sebagaimana ditegaskan berulang kali oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Apa sahaja keputusan yang telah diputuskan oleh istana, sekurang-kurangnya seluruh ahli Pas telah bersama dengan pendirian yang dibuat presiden," katanya.

3 orang berkata:
Jika ditakdirkan sultan selangor memilih adun pas untok jawatan mb baru selangor,DAN Pas menolaknya kerana menghormati janji dalam PR.
MAKA$$$
Pas perlu hentikan retoriknya untok melaksanakan pemerintahan islam berpandukan al quraan dan sunnah. Yang selalu dilaungkan.
KERANA%%%%
Untok melaksanakan apa yang dilaunhkan memerlu kuasa. Nah..sekarang.mungkin kuasa akan dikurniakan.mengapa perlu tolak.?
Kalau itu tindakan pas ,tak perlulah pas bersusah payah bertanding dalam pilihanraya untok dapat kuasa.jika hanya untok sekadar menjadi pwnumpang.
KUASA TAK CUKOP MUTLAK ?%%%
memang demographi politik di malaysia,tidak akan ada satu pihak yang mampu mendapat kuasa mutlak
(2/3).dan begitu juga pas. Pas mungkin sedar perkara ini.
Justeru.jika peluang yang diberikan tidak diambil ,dan peluang itu boleh digunakan untok menunjokkan betapa adilnya pemerintahan islam,sampai kiamat pun PAS tidak akan capai apa yang dicanangkan.
Tahalul siyasi bukan untuk membuat kejahatan...
Jika anwar dan lge menderhaka, maka kenapa pas harus ikut serta.
Derhaka bukan pilihan bagi pas....
Salam
InsyaAllah ada jalannya. PAS adalah parti yang didokong dengan aturan ISLAM.
Pemerintahan Selangor adalah pemerintahan beraja. Jika raja dah suruh jadi MB, maka terimalah dengan penuh tanggungjawab. Siapa tak mahu terima MB dari PAS atas lantikan Sultan, maka jadilah dia derhaka kepada Sultan.
Post a Comment