Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Mungkin Iskandar

Azmin, Iskandar, Idris Ataupun Yaakob MB Baru Selangor - Yang Pasti Bukan Wan Azizah.

Korang tahu apa spekulasi yang tersebar sekarang? Cakap2 yang mengatakan bahawa DSWA sedang berusaha untuk berjumpa dengan TSKI. Kononnya. DSWA telah mengarahkan YB Rodziah untuk berjumpa dengan Wawa bagi mengaturkan satu pertemuan dengan Khalid Ibrahim dengan Wan Azizah.

Wan Azizah sedang berusaha mahu memujuk TSKI untuk masuk semula ke dalam PKR. Dan diberinya dua syarat andai TSKI mahu masuk semula PKR dan kekalkan jawatan sebagai MB Selangor.

Pertama. Lantik Saifuddin Nasution sebagai setpol kepada TSKI.
Kedua. Pecat Faekah dari MBI.

Sudah tentu TSKI tidak bersetuju sama sekali dengan syarat2 tersebut. Maka, pertemuan tidak berlangsung. Khalid tidak mahu berjumpa.

Kemudiannya. Yb Rodziah sekali lagi berjumpa Wawa meminta mengaturkan satu pertemuan dengan Khalid. Kali neh DSWA mahu bertemu Khalid. Tanpa syarat. DSWA mahu pujuk TSKI masuk semula ke  dalam PKR. Pertemuan kedua ini belum tahu samada TSKI nak berjumpa ataupun tidak.

Tapi. Kalau ini la yang berlaku dalam PKR. Dan ini la yang dibuat oleh DSWA. Nampak sangat PKR berada dalam keadaan yang terdesak untuk menghalang Azmin dari menjadi MB Selangor yang baru.

Sebenarnya. Kalau TSKI terima tawaran PKR, nampak sangat TSKI diperlembukan. Sudah teruk kena kutuk, maki, difitnah, dicaci, diherdik oleh pemimpin2 PKR dan DAP, bahkan oleh penyokong2 PKR dan DAP, takan bangang2 nak p masuk balik parti tersebut? Macam takde maruah jek.

Agak2 la kan.

Tapi. Tatau la aku betul ke tak. Ini la cerita2 yang tersebar di kalangan rakan2 PKR yang aku dengar dan kutip. Macam2 versi kot masuk dan tersebar. Semua ada cerita masing2. Haiya.

Sebelum neh. Laporan menyatakan bahawa PAS menghantar dua surat berbeza kepada pihak istana tentang calon MB Selangor yang baru. Rujuk sini.

Surat pertama dihantar pada 2 sept. Nama calon - Iskandar, Sallehin, Yunus. Ketiga2 exco PAS yang dilantik ke dalam kerajaan negeri.

Surat kedua dihantar pada 3 sept. Membatalkan kandungan surat yang pertama. Nama calon - DSWA. Azmin Ali. Dan Iskandar dari PAS.

Oke. Dari cerita2 yang aku kutip. TGHH dan MSU secara amnya tidak berminat untuk tukar MB. Keadaan memaksa PAS apabila keputusan parti pada 17 ogos tidak memihak kepada geng2 ulama sebaliknya geng2 AJK PAS jiwa PKR yang menang itu sebab pada petang 17 ogos tidak kelihatan TGHH bersama2 pimpinan PR yang lain ketika mengadakan sidang media bahawa PR sahkan hanya terima DSWA sebagai calon MB yang baru. Geng2 ulama PAS protes le tue.

And then. Sejak dari hari itu dan hari2 seterusnya. Bergaduh la geng2 ulama dengan geng2 ajk pas jiwa pkr dalam sosial media. PAS berpecah dengan sangat dasatnya. Itu sebab 2 sept menyaksikan TGHH hantar surat yang tidak langsung menamakan mana2 calon PKR sebagai MB.

Namun. Atas sebab apa TGHH tukar pendirian pada 3 sept? Ada yang cakap sebab istana tolak nama2 calon yang dihantar oleh PAS. Tapi ada yang juga cakap, ini adalah perangkap untuk PKR.

Perangkap? Perangkap yang bagaimana? Surat kedua dihantar kepada istana oleh TGHH sendiri. Tiada orang lain yang melihat kandungan surat tersebut. Yang taip, yang baca, yang sign sahaja yang terlibat. Sebaran awal menyatakan nama Azmin dan DSWA tiada dalam kandungan surat yang pertama dan kedua. Rujuk sini.

Tapi. Betul ke? Sapa pernah tengok. Mustafa Ali kata dia pun tak tahu menahu. Kemudian. Mat Sabu pun kata tak tau apa2.

Yang tersebar ialah PAS mencalonkan - Yaakob, Idris dan Iskandar. Ianya kecoh dan jadi topic untuk menyerang PAS lagi oleh geng2 tue lagi la. Rujuk sini.

Ada andaian. Katakanla. TGHH sengaja mahu mengelirukan PKR. Menyebarkan maklumat palsu kepada geng2 ajk pas jiwa PKR supaya geng2 ini dapat sampaikan maklumat kepada PKR bahawa PAS tak mencalonkan nama DSWA mahupun nama Azmin. Tapi hakikatnya adalah berbeza. Yang sebenarnya memang PAS ada mencalonkan nama DSWA. Azmin. Apa yang TGHH cuba buat ialah mengesan siapakah individu yang bermatakan PAS tapi bermulutkan PKR. 

Dalam erti kata lain, nak kesan spy dalam parti le. Lihat laporan FMT kat sini. Terang2 FMT lapor bahawa Mustafa Ali sahkan bahawa PAS menghantar nama Azmin dan DSWA sebagai calon MB yang baru di Selangor. Manakala nama adun dari PAS pula dirahsiakan. Betul ke dari PAS? Ataupun bakal dari PAS? Macam.. TSKI ke..

Tapi. Pelik juga la. Dalam muktamar PAS semalam, usul bersetuju sebulat suara kekalkan TSKI sebagai MB. Ini agak contradiks sebab PAS hantar sudah nama2 calon MB baru kepada pihak istana sebelum itu. Melainkan. PAS memang ada masukkan sekali nama TSKI dalam surat kedua. Maka, memang la logik untuk PAS sebulat suara menyokong kekalkan TSKI dalam kerajaan negeri.

Dan. 

Jika Hadi hantar nama DSWA dan Azmin maka tiada point nak serang Hadi.
Hadi ikut keputusan mesyuarat PAS pada pagi 17 ogos.
Hadi ikut keputusan mesyuarat PR pada petang 17 ogos.
Hadi ikut keputusan sultan mahukan lebih dari 2 nama dihantar sebagai calon.

Mesti geng2 PKR tengah gelabah bagai andaikata benar PAS hantar nama DSWA sebagai calon MB yang baru. Dah puas kutuk sekali tersalah maklumat la pula. Malu.

Tapi. Ini cuma andaian aje. Walaupun FMT melaporkan itu kenyataan dari SUA PAS tapi macam2 cerita boleh berlaku woo.. kang tetiba konar ikut lain pula..

Dan.

Menurut rakan2 dari PKR pula. Wan Azizah ada menulis surat memohon mengadap sultan pada sabtu ini. Bagi membincangkan krisis MB. Mungkin pihak istana akan deal dengan Wan Azizah yang semestinya tidak mahu Azmin menjadi pengganti. Yang mana hasilnya akan memutuskan Khalid kekal sebagai MB hingga tamat penggal. Dalam masa 4 hari ini. Macam2 boleh berlaku. Sedar tak sedar kemain lagi media2 BN up isu neh beria2. Something is fishy. Boleh jadi majlis angkat sumpah itu akan dibatalkan. Boleh jadi inila resort terakhir pihak istana untuk membuatkan PKR gelisah dan kelam kabut. Almaklumla. PKR taknak Azmin langsung oi. Untuk rekod, ada juga khabar angin yang tersebar mengatakan Azmin ada bertemu dengan pihak2 dari istana semenjak dua menjak ini bagi membincangkan sesuatu. Jika maklumat ini benar dan telah sampai ke dalam pengetahuan Anwar, mao tak gabranya PKR.  

Dan, lagi.

Kalau ikut list yang tersebar. Calon2 MB ialah ;

DSWA - 3 parti calonkan dia.
Azmin Ali - PAS calonkan dari PKR
Iskandar - PAS ca;onkan dari PAS.
Yaakob - PAS calonkan dari PKR.
Dr Idris - PAS calonkan dari PKR.

Dan, kalau ikut dari laporan demi laporan akhbar dan kenyataan dari mulut presiden PAS dan tindakan2 sultan sendiri, jelasla terbukti yang DSWA memang takde harapan nak jadi MB baru di Selangor. Malaysiakini update ;
"Satu perkara yang pasti, Wan Azizah tidak akan menjadi menteri Besar itu," katanya kepada Malaysiakini.
Rujukan sini.

Ikut undang2 tubuh negeri Selangor, DSWA paling layak ikut sokongan majoriti.
Tapi, sayangnya sultan gunakan kuasa mutlak untuk nafikan DSWA. Belum tentu calon lain dari PR tak mendapat sokongan majoriti ye. Adun2 yang menyokong DSWA boleh juga menyokong calon lain dilantik sebagai MB asalkan dari PR cukup la kan?

Memang adun2 ada sign SD untuk nyatakan sokongan kepada DSWA. Tapi ada tak dorang sign SD untuk melarang mereka dari sokong calon lain selain dari DSWA dalam satu masa? Tak salah sokong DSWA dan calon lain dalam satu masa pun. Bukan langgar akujanji.

Ha Ha Ha

Tapi ingat. Jika calon PAS yang dipilih, ini sudah pasti akan menyebabkan berlakunya konflik. Tatau la macam mana nak cakap. Tunggu jadi dulu la baru ulas. Kalau Azmin dilantik pula, mao marah Anwar. Rafizi pula tatau langkah apa dia nak buat. Kalau strategik bagusla, kalau jadi tragedi juga macam langkah Kajang sehingga calarkan reputasi Anwar dan PKR, mao jatuh lagi kredibiliti PKR di mata umum. Kalau Yaakob ataupun Idris? Lain la tatau nak cakap sebab kedua2 calon ini low profile. Tapi kalau tetiba istana lantik Wan Azizah? Hah.... mungkin kejutan yang luar biasa.. ada juga yang sakit jantung karang dek terkejut habis..

Ha Ha Ha..

1 orang berkata:

Anonymous said...

Gambar TGHH tiada dalam drama ni ke?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.