Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PASMA MULA BERSUARA

Thursday, September 18, 2014


Mujahid Pula Menongkah Arus!


Kalau dah mabuk laut, macam mana nak jadi Nakhoda?
PAS dalam bahaya bila Hadi dolak-dalik dalam krisis MB Selangor, kata Mujahid 
Published: 18 September 2014
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat seperti tidak mampu mempertahankan kerjasama dengan PKR dan DAP dalam menangani krisis di Selangor, kata Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa. Gambar fail The Malaysian Insider.

Ketika PAS memulakan muktamar tahunannya hari ini, Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa memberi amaran kegagalan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan tahaluf siyasi PAS dalam Pakatan Rakyat (PR), dengan mengiktiraf Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor, mungkin akan menikam dirinya sendiri.
Mujahid berkata, tidak seperti mantan presiden terdahulu, Yusof Rawa dan Datuk Fadzil Mohd Noor, Hadi dilihat seolah-olah tidak berupaya mempertahankan kerjasama dengan PKR dan DAP dalam menangani kemelut di Selangor.
"Apakah sebabnya? Adakah kerana tekanan untuk keluar PR terlalu kuat? Ataukah presiden PAS terlalu lemah," soalnya dalam tulisannya bertajuk Masa Depan PAS di Tangan Ahli PAS.
Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, jawapan itu penting bagi menentukan kayu piawaian masa depan PAS dan kriteria kepimpinan dalam menghadapi lanskap baru politik.
Katanya, ujian kepimpinan akan berakhir apabila mereka mendapat jawapan sama ada mereka masih relevan atau tidak untuk mengemudi lanskap baru itu.
"Sehingga ahli membuat penilaian yang matang dan luas perkiraannya, mereka akan sentiasa diperhatikan," katanya.
Katanya, laluan politik yang diberikan masyarakat bukan Islam, khususnya pengundi Tiong Hua, seharusnya mendorong pimpinan PAS mengukuhkan PR, bukannya mengecewakan masyarakat dengan berdolak-dalik dalam komitmennya terhadap slogan 'PAS untuk semua'.
Katanya, ahli PAS harus sedar dan akur kejayaannya tidak akan ke mana hari ini jika orang bukan Melayu tidak mengundi calon PAS, khususnya di Selangor.
"PAS harus berhati-hati agar tidak mengecewakan kepercayaan umum terhadapnya.
"Pengundi hari ini mengundi atas dasar keyakinannya kepada PAS dan manifesto yang kita janjikan. Lebih-lebih lagi pengundi di Pantai Barat yang tertarik dengan tawaran PR dan mengundi atas semangat PR.
"Baru setahun berlalu, dan keghairahan PR bertelagah di Selangor pastinya mengurangkan kepercayaan umum, dan PAS terpalit sebagai satu daripada pihak terlibat," katanya.
Beliau berkata, PAS tidak harus berpatah balik ke belakang seolah-olah ia terpengaruh dengan dakyah Umno yang memainkan sentimen Melayu-Islam, yang pada hakikatnya ialah perkauman sempit, yang ditentang PAS sejak berdekad lamanya.
"Sememangnya permainan sentimen Melayu-Islam Umno boleh melemahkan langkah tegas yang diambil PAS demi kebaikan politik baru yang makin kuat sekarang.
"Oleh itu, PAS dan ahlinya harus mengelakkan diri sejauh-jauhnya daripada terheret dalam krisis Selangor, yang merupakan perangkap politik Umno," katanya.
Katanya, PAS bersama dengan rakannya dalam PR cuma perlu bersabar dan istiqamah dengan meminimakan langkah yang boleh menggagalkan matlamat mereka.
Parti dalam PR juga perlu menahan diri daripada terlibat dalam perkara remeh-temeh dan menyerang sesama sendiri.
Katanya, PAS tidak boleh berfikir hanya untuk dirinya saja tetapi perlu memikirkan tentang kepentingan yang strategik dan harapan rakyat terhadap kepimpinan dalam mencapai agenda perubahan.
"Menghadiri muktamar kali ini bukan sekadar untuk mengikuti ucapan retorik dan bersemangat dalam mempertahankan kepimpinan ulama atau presiden parti.
"Ia juga tentang bagaimana perwakilan boleh mempertahankan prinsip parti, prinsip organisasi, prinsip strategi dan lebih penting, bagaimana PAS harus berperanan dalam kerangka membina masa depan negara," katanya. – 18 September, 2014

4 orang berkata:

Anonymous said...

Dr mujahid ni yg sibuk sgt nak jilat buntut pkr tu buat apa...kau ngaji tinggi x faham lg ka apa itu tahaluf siasi.

Anonymous said...

Yang musnah bukan pas tetapi mujahhid sendiri. Memang dia menang kerana undi cina. Kalau undi cina pergi ke bn,pasti dia kalah nanti
Itu lah sebabnya mujahhid ni sibok sangat.
Bukan nya kerana Pas, tetapi untok dirinya sendiri

Anonymous said...

Tuan Guru Yusof Rawa pemimpin yg hebat. Namun kehebatan itu langsung tak diwarisi anak beliau... walaupun ada PhD!

Wak Dol said...

Bior aje la..masing2 memang nak memusnahkan Pas. Sebab tu masing2 pandai keluarkan kenyataan sendiri. Maklumlah masing2 dah pandai...ilmu dah tinggi menggunung. Tu pasal semua nak keluarkan pendapat masing2 yang bijak laksana turr. Masing2 ingat merekalah yang paling pandai, paling bijak. Orang lain semua bodoh, semua bengap, Semua kena letak jawatan. Dia sorang aje lah yang pandai.

Tak apalah...biorlah pas berkuburpun. Lagipun umur Pas pun dah lebih 60 tahun. Biasanya kalau manusia, umur tu dah dekat2 nak mati. Dekat2 nak menemui penciptanya.

lagipun orang besar2 pas ni sifatnya macam tikus. Tikus yang cuba membaiki labu. Oleh sebab banyak sangat tikus dalam Pas, lagi banyaklah tikus2 tu yang hendak membaiki labu.

Kita rakyat bawahan ahli pas ni dah terpinga2 dibuatnya. Tapi tak apalah, kalau tak ada Pas pun kita ada parti melayu lain. Parti Umno. Mula2 memang tak suka, tapi lama2 tentu kita boleh terima umno. Apa nak buat, cuma umno aje yang boleh kita buat pilihan.....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.