Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PKR SEBULAT SUARA MENCALONKAN AZMIN SEBAGAI MB SELANGOR

PKR Restu Azmin Sebagai YAB Menteri Besar Selangor Yang Baru 


Parti keadilan Rakyat sebulat suara merestui Timbalan Presidennya, Azmin Ali sebagai Menteri besar Selangor yang baru menggantikan tan Sri Khalid Ibrahim.

Azmin juga telah mengesahkan menerima surat daripada Setiausaha sulit Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk ditabalkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baru esok.

Menurut Azmin, beliau akan memulakan tugas berkuatkuasa 23 September 2014 dan akan menghadiri majlis angkat sumpah pada pagi esok di Istana Alam Shah, Klang.

Tambahnya lagi, PKR sebulat suara mencalonkan beliau sebagai calon MB.

“Kita juga telah mengadakan mesyuarat tergempar iaitu mesyuarat biro politik parti jam 5 petang dan pertemuan semua ADUN Pakatan Rakyat (PR) jam 6 petang dan mesyuarat pimpinan pusat jam 6.30 petang.

“Saya berterima kasih kepada Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan kepada semua rakan pimpinan kerana menerima saya.

Azmin kemudiannya memberitahu pemberita bahawa pelantikannya sebagai menteri besar Selangor mendapat restu sebulat suara parti.

Ini sekaligus melabuhkan tabir krisis pelantikan menteri besar Selangor.

Azmin telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di ibu pejabat PKR.

Anwar dan Wan Azizah beredar meninggalkan ibu pejabat PKR pada kira-kira jam 7.30 malam ini tetapi Azmin masih berada di situ dan dijangka mengeluarkan kenyataan penuh pada jam 8 malam.

Ketiga-tiga mereka tersenyum ketika mereka keluar dari bilik mesyuarat.

Sementara itu, PAS mengucapkan tahniah kepada Azmin Ali ekoran pelantikannya sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Menulis dalam twitter, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata semoga Pakatan Rakyat terus utuh.












IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





2 orang berkata:

Anonymous said...

Tahniah yb azmin. Cuma yang peliknya,pkr sebulat suara mencalonkan azmin sebagai mb?.calon apanya lagi? Tuanku dah buat pilihan.terima saja.laa.
Memang dah meroyan pkr ni.

~PakKaramu~ said...

HU HU HU HU KENYATAAN BAGI RAKYAT PUSING-PUSING KEPALA HMMMMMM AYAT DAN BAHASA BARU

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.