INI BERLAKU KAT JOHOR, TAK PATUT LE DEPA BUAT LAGU NIH, CUBAAN LAGAKAN DIANTARA PKR DAN DENGAN INSTITUSI BERAJA, TAK PATUT SUNGGUH, DEPA TAK DA MATA KA ? DEPA TAK DA TELINGA KA ? DEPA TAK BACA BERITA KA ? KAMU KAT SELANGOR TETAP PATUH DAN TA'AT KEPADA RAJA DAN SEGALA ARAHANNYA DEPA YANG TUDUH ITU PATUTNYA INSAF DAN JANGAN LA BUAT CERITA KALUT, TAK BAIK LA CAM TU DOOOSA ! MASUK NERAKAAAAA ! - Pak Karamu
Cubaan lagakan PKR dengan institusi beraja
- Jimmy (kanan) bersama Yuneswaran menunjukkan laporan polis yang dibuat kerana cubaan memburukkan imej PKR Johor pada sidang media, di sini, semalam.
JOHOR BAHRU - PKR Johor mendakwa wujud cubaan melagakan parti itu
dengan institusi beraja di negeri ini melalui penyebaran jemputan sidang
media yang telah diubah oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Ketua Guaman PKR Johor, Jimmy Puah terkejut apabila mendapati jemputan sidang media yang bertajuk ‘Pemansuhan Akta Hasutan 1948’ telah ditukar kepada ‘Relevankah Institusi Beraja di Johor' dan Pemansuhan Akta Hasutan 1948.
Tegasnya, PKR negeri sentiasa menghormati sistem Raja Berpelembagaan di negara ini.
“Setiausaha Kerja PKR Johor, R Yuneswaran telah mendapati melalui media sosial berkenaan jemputan sidang media yang telah di email kepada para media telah diubah ke tajuk dan masa yang lain.
“Kita telah membuat laporan polis di Balai Polis Tampoi pada jam 11 malam semalam (kelmarin) kerana tindakan ini berniat tidak baik dan sengaja ingin memburukkan serta melagakan PKR dengan institusi beraja di negeri ini,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Jimmy yang juga Adun Bakar Batu dalam perkembangan lain berkata, PKR negeri ini menyokong pendirian PKR pusat dalam kempen dan gerakan memansuhkan Akta Hasutan 1948 yang telah rasmi dilancarkan 3 September lalu.
Menurutnya, PKR negeri ini bukan sahaja mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengotakan janji 2012 untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, malah mengkritik dan meragui tindakan kerajaan yang melakukan pendakwaan terpilih.
“Kita sedih apabila bukan hanya ahli politik sahaja dikenakan Akta Hasutan 1948, tapi masyarakat dan media juga turut didakwa di bawah akta ini.
“Kerajaan sedang mengekang suara rakyat, sedangkan ‘trend’ ini sangat tidak sihat dari segi demokrasi," katanya.
Beliau berkata, PKR Johor sedia menyertai jelajah kempen memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan memberikan kerjasama 100 peratus untuk menjayakan kempen yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi.

1 orang berkata:
X de sape nak lagakan...pemimpin atasan pkr sendiri yg lagakan..sedang berlaga..sultan minta lain kau kasi lain..
Post a Comment