Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sunday, September 14, 2014

Pemimpin PAS terus curigai NGO PasMa.

Pemimpin PAS terus curigai NGO PasMa.
 
Pembentukan NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) oleh sekumpulan anggota PAS terus menimbulkan kecurigaan daripada pemimpin parti Islam itu.

Walaupun telah dinafikan sebelum ini, ahli Jawatankuasa Pusat PAS Nasrudin Hassan hari ini tetap mendakwa PasMa bertujuan menjatuhkan kepimpinan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menulis di laman Facebook hari ini, anggota parlimen Temerloh itu mendakwa, pertemuan PasMa pada 31 Ogos lalu di Kota Bharu menunjukkan perancangan sebenarnya mahu menukar presiden.

Dakwanya, pertemuan itu sarat dengan perbincangan dan kritikan kepada Hadi.

“Malah mereka bincang bagaimana untuk menjatuhkan Tuan Guru presiden," dakwa Nasrudin lagi.

Dalam tulisan itu, Nasrudin mendakwa mendapat maklumat itu daripada seorang yang hadir dalam pertemuan itu.

Malaysiakini telah cuba mendapatkan komen pengerusi PasMa Datuk Phahrolrazi Mat Zawawi (atas) berhubung perkembangan terkini itu tetapi setakat ini belum berjaya.

PasMA sebelum ini telah dua kali dilapor menafikan dakwaan mahu menggulingkan presiden PAS, iaitu kepada Malaysiakini pada 6 September dan dalam sebuah forum di Kuala Lumpur tiga hari selepas itu.

PAS T'ganu keluar larangan

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, PAS Terengganu hari ini mengeluarkan arahan supaya anggotanya tidak terlibat dengan PasMa dalam semua bentuk.

“Larangan ini termasuklah menjadi ahli PasMa, menubuhkan PasMa, menghadiri apa-apa program anjuran PasMa dan memberi  kerjasama kepada program anjuran PasMa dalam apa jua bentuk sekalipun,” kata setiausahanya Muhyidin Abdul Rashid.

Sebab larangan itu tidak dinyatakan dalam kenyataan ringkas dua perenggan itu hari ini.

Malaysiakini.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Phahrolrazi ni memang jahat

Anonymous said...

Islam menetapkan jika sudah afa puak atau organisasi yg berjuang menegak islam haram tubuh organisasi lain umpamanya kalau umno dah perjuangkan islam sebenar pas wajib bubar kata tgna

Anonymous said...

Pasma sebuah Ngo untuk menjatuhkan pas atau presiden..

Unknown said...

betul tu beb kite kena sokong pafa perjuangan dan istiqamah dngn kpmpnan tghh n tgna kerna meraka ini individu yg berpengaruh didunia dari kalangan bani melayu didlam dah kena bdal dngan kwn pr tghh mseh diangkat mnjadi orng yg pnting dlam oic sebaris dngan ulmak tersohor dunia almaklum kalu usia tghh masih dipnjangkn allah insyallah tghh akn dinobat sebagai ketua ulamak dunia adakah dsai mempunyai ilmu setanding dndn tghh bgi aku setiap manusia yg hafaz sebuah quran adakah mungkin akan majahanamkan rakyatnya semestinya tidakan jadi apa nak jadi pun aku akan setia dngan kpmpinan tghh walaupun aku bkn jmaah yg aktif insyallah ada ruang dipenghujung lorong hitam amin.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.