Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YANG CAKAP HADI NAK KHALID TU MULUT LONGKANG

Monday, September 15, 2014

Hadi tangkis dakwaan masih mahu Khalid kekal


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menangkis  dakwaan yang mengatakan beliau masih mahu Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor.

Abdul Hadi sebaliknya berkata, beliau menyerahkan perkara tersebut kepada sultan Selangor bagi memilih calon menteri besar.

Bagaimanapun, ketika ditanya pemberita berhubung pertemuannya bersama ketua-ketua Pemuda dalam Pakatan Rakyat Jumaat lalu, Abdul Hadi hanya berkata beliau bertemu dengan ramai orang pada hari tersebut.

"Saya tak baca surat khabar hari ini. Saya baru balik dari Jakarta semalam. Dan hak tentukan Khalid (sebagai menteri besar) bukan saya. Tapi kuasa sultan.

"Pertemuan ramai. Banyak orang jumpa saya. Macam-macam orang jumpa saya. Cuma tentang menteri besar Selangor kita serah pada sultan.

"Saya tak ada hak nak tentukan menteri besar Selangor. Sultan Selangor yang boleh tentukan siapa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas memberi ceramah di Kampung Geting, Pengkalan Kubor, Kelantan.

Turut hadir ialah calon DUN Pengkalan Kubor Wan Rosdi Wan Ibrahim.

Selain itu, ketika ditanya sekali lagi sekiranya Abdul Hadi ada bertemu dengan Ketua Pemuda PKR (AMK) Nik Nazmi Ahmad pada Jumaat, beliau hanya berkata:

"Ramai (bertemu orang). Mungkin Nik Nazmi ada."

Dalam satu kenyataan media hari ini, Nik Nazmi berkata, beliau bimbang kerana PAS masih mahu mengekalkan Khalid sebagai menteri besar Selangor.

ADUN Seri Setia itu berkata, hasrat itu bercanggah dengan sokongan majoriti ADUN Pakatan Rakyat Selangor yang mahu presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid.

Malah, beliau juga berkata, Abdul Hadi turut berhasrat untuk memantau sendiri prestasi Khalid sebagai menteri besar.Mkini.

4 orang berkata:

XUMNO said...

Apa yang didakwa oleh Nazmi itu tak masuk akal langsung. Takkan Presiden Pas masih tak tahu yang Khalid dah letak jawatan secara rasmi dan bukan lagi ahli PKR.Berkemungkinan besar TGHH menjawab secara sindiran yang budak2 hingusan sekarang tak faham maksudnya.Sesiapa pun akan merasa muak bila diajukan cerita yang sama berulangkali dan akan memberikan respon yang menyindir tukang tanya. Maksud Presiden Pas itu ialah "Kekalkan Khalid benda mengarut ni tak jadi isu".

Anonymous said...

Tghh ckp bkn dgn nazmi je tp brsama kpp dn kpdap..kedua2nya mngesahkn betul tghh ckp begitu..yg bg komen kt atas tu tlng sedar diri bro..tghh bkn maksum..

Anonymous said...

Masih tak sedar bahawa ADUN PKR di Selangor tidak diiktiraf kebolehan masing2 dan tidak dipercayai oleh ketuanya utk memegang jawatan MB. Sebaliknya cuba mencari salah dan kelemahan ketua orang lain. Cuba cari sebab dan fakta sebenar kenapa ADUN lain tak boleh dicalonkan sama sbgmana yg diminta oleh pihak istana. Jika PKR berkeras dgn kefahaman undang2, kenapa perlu tergantung begitu lama, kenapa?

Unknown said...

qihang0606air max 95
prada outlet
coach outlet
cheap oakley sunglasses
cheap jerseys
burberry handbags
ray bans
ralph lauren uk
coach outlet online
burberry outlet
abercrombie outlet
pandora charms
gucci outlet
kate spade
oakley sunglasses
jordan shoes
oakley sunglasses sale
hollister clothing
tory burch handbags
michael kors outlet online
coach outlet store online
oakley sunglasses wholesale
oakley sunglasses
chanel bags
ray ban glasses
burberry sale
michael kors bag
toms outlet
tory burch outlet online
kate spade outlet online
nike air max
ray ban sunglasses
michael kors handbags
michael kors outlet online
rolex watches
q

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.