Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADA YANG TERPAKSA KESIAN KAT HADI, SELEPAS DIA DIBELASAH TERUUUUK !


Sunday, September 7, 2014

Cukup Menarik Bila Hadi Mendapat Tempat Di TV3 Dan Utusan Malaysia......

Hee...hee....kalau tak ada apa-apa Tempua takkan bersarang rendah! Ini laporan di Utusan : Utusan puji langkah Hadi tak tunduk kepada PKR dan DAP
Sesuatu meragukan bila pemimpin pembangkang dapat tempat di waktu perdana TV3
KOMENTAR OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
Published: 7 September 2014
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat 15 minit waktu perdana di Buletin Utama TV3 malam tadi, menimbulkan persoalan tentang bagaimana dan mengapa ia berlaku.

Sangat jarang pemimpin pembangkang dapat muncul dalam berita televisyen di waktu perdana di Malaysia.
Ini kerana RTM terikat sebagai agen penyiaran kerajaan yang lurus bendul dan sempit manakala stesen televisyen swasta TV3 dimiliki oleh syarikat Umno iaitu Media Prima Bhd.
Ahli politik pembangkang yang dialu-alukan oleh akhbar arus perdana juga amat sedikit kerana sebab yang sama.
Jika mana-mana ahli politik pembangkang mendapat 15 minit waktu utama itu, biasanya selepas mereka berpaling tadah kepada Barisan Nasional (BN) atau pandangan mereka merosakkan pakatan mereka sendiri.
Senarai mereka yang mendapat masa perdana dan di halaman utama akhbar sebelum ini adalah bekas ahli politik PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali, bekas Ahli Parlimen PKR Datuk Zulkifli Noordin, Datuk Seri Zahrain Mohamed dan Wee Choo Keong.
Jadi apa yang membuatkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat 15 minit waktu perdana di Buletin Utama TV3 malam tadi?
Adakah akhbar milik Umno Utusan Malaysia menyokong pendirian beliau mengenai kebuntuan menteri besar Selangor dalam edisi Ahad hari ini? Mesti ada sebab mengapa Hadi menjadi kesayangan media BN.
Lagipun inilah ahli politik yang dicerca di waktu perdana sebelum ini kerana Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan kira-kira 30 tahun yang lalu.
Beliau diserang habis-habisan kerana berusaha melaksanakan undang-undang jenayah Islam hudud.
Tetapi sekarang, Hadi mendapat ruang masa perdana untuk menjelaskan pendirian beliau mengenai kebuntuan pelantikan menteri besar Selangor.
Dan Utusan Malaysia membuat keputusan pandangan beliau adalah betul: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bukan calon yang sesuai untuk jawatan tertinggi itu.
Sudah tentu Hadi harus mengambil peluang untuk menjelaskan sikapnya. Ini sebuah negara demokrasi.
Tetapi beliau perlu ingat semua yang disahkan oleh Utusan atau mendapat tempat di waktu perdana berita televisyen biasanya berakhir dengan tentangan daripada rakan mereka sendiri.
Media pro-kerajaan hanya mengambil pendapat anda jika ia menyokong agenda mereka. Dan anda akan digugurkan bak kentang panas apabila anda mengatakan sesuatu yang sukar bagi perjuangan mereka.
Tetapi Hadi sedar semua ini. Beliau bukan budak baru dalam  politik. Melainkan jika beliau fikir boleh mainkan media pro-kerajaan seperti yang dilakukan sekutunya di Selangor, beliau perlu tahu beliau bekerja dengan sekutunya daripada Pakatan Rakyat (PR).
Itu tidak wajar untuk sekutu anda sendiri. Bukan sesuatu yang kita jangka daripada pemimpin parti Islam yang keputusannya berdasarkan kepada tradisi suci Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad.
Lagipun, Hadi hanya seorang ahli politik dan seperti kebanyakan mereka, jika tidak semua ahli politik pun, beliau percaya kepentingan yang kekal, bukan kawan yang kekal. – 7 September, 2014.

5 orang berkata:

Anonymous said...

Kalau itu menjadi satu persoalan maka adakah.
1.benar anwar ibrahim ajen amerika apabila di puji dan mendapat liputan akhbar amerika?
2.ada anwar betul "gay' apabila kaum itu menyokongnya.
3.adakah anwar,yahudi bila dia kata dia akan pastikan keselamatan negara haram yahudi?
4.adajah anwar saorang playboy apabila dia mendapat sokongan esttada?
5
Adakah anwarsaorang militant bila berkawan rapat dengan nur misaurii?

Anonymous said...

Hamba Allah tu dah hilang sabar agaknya setelah dicaci maki, dihina dikutuk, disumpah seranah siang malam, diludah segenap penjuru oleh rakan sendiri. Mungkin penjelasan pendedahan terbuka beliau itu sebagai menyahut cabaran yg keterlaluan terhadap beliau yg sebelum ini mengambil sikap berdiam diri.
Sekarang siapa yg nak disalahkan. Oleh itu cubalah duduk semeja semula perbetulkan kesilapan masing2. Kembalilah kepada matlamat asal PR dan jgn ada yg merasa dirinya lebih dari rakan yg lain. Kerana masing2 ada kelebihan dan kekurangan, kena akui itu.

Anonymous said...

Kalau puak penentangnya mendapat liputan akhbar akhbar portal seperi TMI, FMT DAN MALAYSIA CHRONICLE maka TGHH juga perlu mencari saloran untok menjelas segala tohmahan dan cacian. Dah tv3 dan akhbar perdana milik umno,apa nak buat.
dan harus diingat akhbar portal yang tersebut adalah di miliki oleh cina( rujulk raja petra dlm
Malaysia today) sudah tentu liputagan untok TGHH yang negatif sahaja.memang cina tidak suka kpd
ulamak dalam pas kerana sentiasa bercakap pasal hudud.
Harap lebih banyak airtime diberikan kepada tghh supaya rakyat boleh tau cerita sebenar disebalik krisis mb selamgor dan KN

FIT said...

Umno nie ibarat menyelam sambil minum air...berbuat baik bagus tiada salah pn tapi kalau ad udang sebalik batu tu yang tk bagus

Anonymous said...

Tapi akhbar portal cina itu bukan sekadar ada udang disebalik batu
Tapi ada C4 di sebelah belakang.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.