Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TIDAK BENAR PAS MAHU KERUSI MB SELANGOR

ADA MACAM-MACAM LAPORAN TENTANG MB SELANGOR, ADA KATA PAS HANTAR ADUN PAS, LEPAS ITU TAK ADA PULAK, BILA PKR DENGAR BERBAGAI BERITA ITU MAKA PKR KEKADANG TIDUR LENA KEKADANG TAK TIDOR LENA, YANG SUDAH NYATA SEPANJANG MALAM HANYA  TIDUR-TIDUR AYAM , SEBAB MENGENANGKAN SIAPA DIANTARA ADUN PKR YANG DI HANTAR, WAN AZIZA ? AZMIN ALI ? ATAU YANG LAIN ? HARAP-HARAP WAN AZIZAHLAH ! TAPI RASANYA WAN AZIZAH, WAN AZIZAH, WAN AZIZAAAAAAAAAH ! ......  LAAA ! NGIGAU RUPANYA PAK SEIKH NUAR !!! - Pak Karamu

Thursday, September 4, 2014

Hadi Mahu PAS Duduki Kerusi MB Selangor adalah tidak benar kata Mustafa Ali


PAS menafikan laporan The Star Online hari ini yang mengatakan parti Islam itu menghantar tiga nama Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) mereka di Selangor untuk dilantik sebagai menteri besar (MB). 

Menurut Datuk Mustafa Ali, laporan portal berkenaan tidak benar dan cadangan menamakan tiga exco berkenaan kepada istana Selangor dibatalkan.

"Laporan itu tidak betul kerana cadangan untuk mencadang ketiga-tiga nama itu sudah dibatalkan," kata setiausaha agung PAS itu kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, Mustafa enggan mendedahkan buat masa ini nama yang dicalonkan PAS kepada istana.

Berikut adalah laporan yang dimaksudkan itu...
PETALING JAYA: Krisis menteri besar di Selangor telah menemui kemelut terbaharu apabila PAS dipercayai telah mengemukakan nama tiga ahli majlis eksekutif untuk jawatan itu.  
Tiga nama tersebut ialah Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus.  
Surat daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dihantar sebelum tarikh 3 September bagi mengemukakan lebih daripada dua nama calon jawatan menteri besar berikutan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR, menurut beberapa sumber di negeri ini.  
Mereka berkata Hadi secara peribadi telah menandatangani surat untuk istana, menamakan tiga ahli exco parti itu dalam pentadbiran negeri sebagai calon.  
Pembantu kanan Hadi ketika dihubungi The Star untuk mendapatkan komen, tidak menafikan surat itu telah dikemukakan dan berkata terpulang kepada kepimpinan parti untuk membuat kenyataan mengenai perkara itu.
"Ini adalah perkara yang sulit dan oleh itu, saya tidak boleh membincangkannya," katanya. 

Surat itu akan dilihat sebagai satu penghinaan kepada konsensus yang dipersetujui oleh sekutu Pakatan Rakyat yang lain iaitu PKR dan DAP yang telah bersetuju untuk mengemukakan hanya satu nama iaitu nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke istana untuk dipertimbangkan.  
PAS menegaskan bahawa lebih dari dua nama hendaklah dikemukakan mengikut permintaan istana ~ mStar


Asasnya... cadangan itu ada... jika cadangan itu ada.. keikhlasannya memang tiada...

Dan boleh juga dibuat kesimpulan bahawa apa yang dicanangkan sebelum ini oleh PAS iaitu mereka akan menamakan ADUN-ADUN dari PKR sebagai calon MB adalah wayang semata-mata.....

Ditanya oleh The Malaysian Insider laporan oleh The Star itu dinafikan oleh Mustaffa Ali, tapi HarakahDaily pula melaporkan memang ada PAS calonkan ADUNnya sebagai calon MB Selangor..

Baca ni...
KUALA LUMPUR: PAS menghantar dua nama Adun PKR dan satu daripada parti itu sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun tidak menyebut nama ketiga-tiga Adun berkenaan.  
"Buat masa ini nama tu biarlah dulu," ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi.  
Menurutnya, senarai nama itu dihantar terus oleh Pejabat Presiden PAS kepada Istana Selangor.
Jelasnya lagi, PAS menghantar tiga nama kerana pihak Istana Selangor telah menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama.  
"Jadi lebih daripada dua nama, sekurang-kurangnya tiga," ujarnya beliau lagi sambil menyatakan senarai itu dihantar semalam.  
Beliau menjelaskan lagi bahawa senarai calon Menteri Besar Selangor selepas Pilihan raya Umum 2008 dan 2013 lalu ditandatangani oleh Presiden PAS ~ HarakahDaily

1 orang berkata:

Anonymous said...

Kalau sebelah PAS dikatakan tidak ikhlas. Tetapi ikhlaskah anwar terhadap rakan ug ? Bila dalam diam diam bertemu najib untok KN?
OH ya.lupa.anwar adalah manusia maksum yang dianugerah ALLAH untok malaysia( kata wan azizah)
Jadi apa yang anwar lakukan adalah betul.
ingatkah kita kpd. Sejarah lampau,bagaimana muawiah merampas kkuasa drp.Saidina ali?
Adakah itu satu penipuan? Kalu itu satu penipuan, kenapa tidak ada saorang pun yang berani mrngutuk muawiah.?
Apakah,jika sekira benar Pas inginkan kerusi mb,satu dosa kerana perjanjian yang taida nilai itu?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.