Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HUDUD , UMNO LANGSUNG TAK NAMPAK BAYANG, PAS TERTIPU


Monday, October 13, 2014

Hudud:Terang-Terang PAS Tertipu!

Inilah jadinya bila dipaksakan kepada yang tidak mahu!


Hudud: Empat kali mesyuarat wakil Umno tidak hadir

ASLANI M.

KOTA BHARU: Sehingga kini Umno Kelantan belum menghantar wakil menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang diwujudkan kerajaan negeri.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Datuk Nassuruddin Daud berkata, surat jemputan sudah dihantar kepada Umno Kelantan bagi menghadiri mesyuarat jawatankuasa berkenaan.

“Setakat ini sudah empat kali mesyuarat diadakan. Begitu juga Majlis Peguam belum menghantar wakil sehingga sekarang,” katanya menjawab soalan Mohd Roseli Ismail (PAS-Kemuning) pada persidangan Dun hari ini.

Jawatankuasa terbabit dipengerusikan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, manakala ahli lain iaitu anggota Exco kerajaan negeri, Ketua Hakim Syarie Kelantan, Mufti, peguam syarie dan sivil, ahli akademik.

Selain itu wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penjara.

Roseli sebelum itu mencelah mungkinkah tidak ada calon yang layak daripada Umno sehingga tidak menghantar wakil menghadiri mesyuarat tersebut.

“Atau ada kalangan mereka tidak faham kewajiban pelaksanaan perundangan syariah,” ujarnya.

Sebelum itu Zawawi Othman (BN-Semerak) mencadangkan supaya pelaksanaan hudud dikuatkuasa terhadap wakil-wakil rakyat di Kelantan terlebih dahulu.

Nassuruddin berkata, perundangan Islam tidak terhadap terhad golongan tertentu sahaja kerana hukumnya meliputi semua orang yang beragama Islam.

Katanya juga, kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai langkah dan usaha bagi merealisasikan perundangan tersebut termasuk mewujudkan Sektretariat Tetap Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang dipengerusikan anggota parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan.

Selain itu mewujudkan Jawatankuasa Pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah 2014 (Taazir) yang dipengerusikan Ketua Hakim Syarie Kelantan.

Kerajaan negeri juga menganjurkan forum perdana Hudud Penyelesaian Masalah Ummah pada 27 dan 28 Okktober tahun lepas.

Diskusi perundangan syariah, pembentangan cadangan penambahbaikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II, diskusi cadangan penambahbaikan enakmen tersebut,

Bengkel mengenai Qarinah Hamil da Kelahiran Anak sebagai keterangan bagi pensabitan zina.

“Kerajaan negeri turut mempromosi Enakmen Kanun Jenayah Syariah II dengan pengedaran pelekat kereta dan mewujudkan kiosk syariah di bandar Kota Bharu sebagai pusat penerangan dan dokumentasi,” katanya.

6 orang berkata:

Anonymous said...

Ini pas minta tolong dgn umno pasal hudud tapi umno dikata kafirlah, tak ikut ajaran islamlah, ibadat tak diterimalah dll. Adakah pas sudi menolong umno jika umno mengutuk pas dgn begitu teruk. Hududni dah berapa lama pas laungkan dalam kempen pas, tapi bila nak dibentangkan di Parlimen baru nak buat indang-undang tersebut. Jadi laungan pas selaman ini cuma di mulut bukan di hati. Cuma hendakkan orang bersimpati konon memperjuangkan islam tapi sebenarnya tidak. Wahai oang pas jadilah orang islam yang syumul. Jsdikanlah hati bersih dan sentiasamengingati Allah. Jangan jadi hati yang busuk dan sakit hati mengingatkan orang lain semua buat salah kepada tuhan mereka.

Anonymous said...

Anon 5.32 dah nyanyok atau biol agaknya.
PAS tidak pernah mintak tolong UMNO untok melaksana hudud. Mujyuddin yang telah menegaskan untok menuboh jawatankuasa hudud. Pas hanya menagih janji muhyuddin itu.
Pas hanya memberi peluanh kpd. Umno untok menyatakan pwndiriannya. Adakah kenyataan muhyudim itu satu helah politik atau benar benar ikhlas.
Sekarang ternyata umno hanya cuba mencari helah ,setelah di label sebagai fasik kerana menolak hudud.
Kini terbukti umno dan dap tiada bezanya. Sama sama tak mau hudud. Bila orang islam menolak hudud ,apa hulumnya
Lu pikir la sendiri.(pinjam kata kata nabil)

Anonymous said...

Pas bukan meminta pertolongan umno bab hudud ni,tetapi umno mesti faham bahawa hudud ini adalah hukum allah,bukan terkena keatas pas saja,ia terkena juga keatas umno yg sepatutnya umno turut memperjuangkan walau pun pas tk minta tolong,kalau orang kata umno ni tk mau kepada hukum islam,atau adik beradik kafir nanti umno bodoh ni marah pulaaak...-bukit bidang selising

mosabit said...

Tok guru (Nik Aziz bukan Hadi yerrr) dah bagitau lama dah..
jangan percaya janji umno...jangan masuk lobang kali kedua..korang masih nak mancungkan hidung dengan sorong2 pipi ko kat umno tu buat apa...

jadi jangan salahkan siumno tu...

memang perangai lahanat dia gitu..

kah kah kah kah kah kah

Anonymous said...

Anon 5:32 serpihan abu jahal...bodoh x boleh nak ajar...tolak hudud memangkafir. Kalau bodoh dok diam2 lg baik....x pyh dok memandai Komen...hudud ni hukum allah...pas ajak umno sokong supaya umno x sesat sepanjang zaman...tapi kalau dah nak pilih jalan sesat nak buat camna....

chenmeinv0 said...

coach outlet store online clearances
air max 95
fitflops sale clearance
red bottom heels
canada goose jackets
stivali ugg
uggs outlet
oakley sunglasses outlet
coach outlet store online
timberland outlet online
20171.11chenjinyan

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.