Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ESOK PULAK

Thursday, November 6, 2014

Sidang Mahkamah ditangguh ke jam 3 petang esok


Prosiding rayuan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bakal tiba ke penghujungnya dengan hujah balas oleh barisan pembelaan.

Selasa lalu, peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dari pihak pendakwaan selesai membentangkan kesemua hujahnya.

Beliau banyak menyentuh aspek fakta kes, perincian hal DNA dan bahan bukti serta menjawab isu penahanan Anwar.

Sesi prosiding rayuan yang pada mulanya dijadualkan berlangsung selama dua hari itu kini sudah masuk ke hari ketujuh apabila kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan memerlukan tempoh tambahan bagi membuat penghuraian hujah.

Selepas selesai sesi pembentangan hujah pembelaan yang dijangka mengambil masa hingga ke sebelah petang, tanda tanya seterusnya adalah tentang pertimbangan waktu dan tarikh bagi panel lima hakim membuat keputusan.

Berikut adalah perkembangan terkini dari Bilik Bicara 1, Mahkamah Persekutuan, Putrajaya:

7.00 malam: Sidang ditangguh ke jam 3 petang esok. Gopal akan menghabiskan lagi sedikit hujahannya.

6.50 petang: Gopal berkata, adalah tanggungjawabnya untuk mempertahankan kredibiliti Dr Osman yang diserang pihak pendakwa. Ini kerana Dr Osman tidak ada di mahkamah untuk membela dirinya. 

6.20 petang: Gopal menekankan hujah dengan memetik beberapa kes lain, bahawa beban pertuduhan itu terletak pada pihak pendakwaan untuk membuktikannya. Gopal memberitahu bahawa Anwar telahpun mempunyai pembelaan alibi dan juga menafikan dirinya terlibat dalam perlakuan liwat.

6.00 petang: Prosiding disambung semula dan Gopal meneruskan hujah.

5.30 petang: Prosiding direhatkan sebentar dan dijangka akan disambung sehingga lewat petang. Gopal belum menghabiskan hujahnya yang banyak menyerang kredibiliti Saiful. Shafee dijangka akan membuat hujah balas dan Gopal meminta peluang untuk membuat penghujahan selepas Shafee. Hadirin di kamar mahkamah mula mencongak sesama sendiri tentang prosiding ini yang bakal berlanjutan ke waktu Maghrib.

4.50 petang: Gopal menggelar Saiful sebagai 'budak yang penuh muslihat' dan 'bukan lelaki biasa'. Gopal malah menggemparkan mahkamah dengan mengatakan bahawa Saiful menggunakan skil memikat agar pihak pendakwa mempercayai ceritanya. Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/kes-liwat-ii-saiful-digelar-budak-penuh-muslihat-dan-bukan-lelaki-biasa-47802?cp

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.