Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Khalid Terkejut Bayaran Tinggi Kepada Bekas Pegawainya

Faekah & Lain-lain Pembantu TSKI Terima Bayaran RM700,000 Seorang Disiasat


PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa tidak mengetahui jumlah pembayaran pemberhentian kepada lapan bekas pegawainya yang masing-masing menerima sebanyak RM700,000. Khalid yang kelihatan terkejut dengan jumlah tersebut berkata, beliau tidak pasti sama ada jumlah yang dibayar dibawah skim tersebut turut diberikan kepada setiausaha politiknya.

"Jika pengiraan itu betul, jadi ia memang betul, saya tidak fikir begitu (salah)," kata ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu di Pangsapuri Permai, Sungai Besi dekat sini, Sabtu.

Khalid menyifatkan wang tersebut sebagai bayaran pemberhentian kerja yang ditawarkan kepada kakitangan selepas perubahan menteri besar negeri berkenaan.

Jelasnya, keputusan mengenai pembayaran itu dibuat oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI).

"Ahli lembaga pengarah MBI terdiri daripada tiga individu - menteri besar, setiausaha kerajaan dan pegawai kewangan. Mereka yang membuat keputusan," katanya.

Tambahnya, Exco hanya perlu dimaklumkan mengenai pembayaran tersebut kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan.

Beliau memberitahu, MBI mempunyai simpanan tunai lebih RM112 juta dan bayaran yang dibuat kepada pegawainya pula tidak melebihi 2 peratus seperti yang disyaratkan.

"Ia mengikut prosedur, mereka boleh melakukan audit," kataya.

Pada Jumaat, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dari PKR membangkitkan perkara itu menerusi tulisannya di Twitter dengan mendakwa kerajaan negeri tersebut dalam proses mendapatkan semula wang berkenaan.

"Kerajaan Selangor mengarahkan MBI untuk mendapatkan semula RM2.5 juta yang diberikan kepada bekas pembantu TSKI," tulis Dr Xavier di laman Twitternya.

Malah, Dr Xavier turut memberitahu sebuah portal berita pada Jumaat bahawa beliau menerima maklumat berkenaan daripada seorang ahli Exco Selangor yang kononnya ditugaskan untuk mendapatkan semula wang tersebut. -mstar

Siasatan pampasan k’tangan Khalid diserah kepada MBI

KUALA LUMPUR: Hasil siasatan audit pampasan membabitkan kakitangan mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan diserahkan kepada Lembaga Pengarah Menteri Besar Incorporated (MBI) untuk tindakan lanjut.


Selangor Kini melaporkan, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, pihak audit terlebih dahulu membentangkan laporan audit berkenaan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), minggu lalu.


Bagaimanapun, katanya, perkara berkenaan di luar bidang kuasa MMKN dan akan diserahkan kembali kepada pihak MBI.


Menurutnya, MMKN sudah dimaklumkan berkenaan hasil siasatan pihak audit dan akan dibentangkan dalam minggu ini untuk melihat langkah yang perlu diambil jika ada sebarang keputusan melanggar peraturan.


Beliau menambah, sama ada ganjaran atau pampasan itu akan ditarik juga akan dibincangkan.


“Hasil siasatan memang ada perkara tidak dipatuhi dalam pemberian itu dengan jumlah begitu besar dan luar biasa yang perlu disemak semula,” katanya selepas majlis perasmian program Gerak Gempur Aedes dengan tema ‘MB Terjah, Kampungku Meriah’ di Kampung Tengah, Gombak, hari ini.


Semalam, Khalid menjelaskan beliau mengikut prosedur sedia ada dalam pemberian pampasan kepada tujuh pembantunya ketika dalam pentadbiran termasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin dan bekas Setiausaha Akhbar, Arfa’eza Abdul Aziz.


Katanya, keputusan itu dipersetujui Ahli Lembaga Pengarah MBI yang kemudiannya dimaklumkan kepada semua Exco Kerajaan Negeri sebelum ini dan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Ada unsur salah guna peruntukan RM2.5 juta MBI, kata Azmin

Kemelut pengunduran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada jawatan menteri besar Selangor masih belum berakhir apabila kerajaaan negeri mendapati wujudnya unsur salah guna peruntukan RM2.5 juta Perbadanan Menteri Besar (MBI) semasa pengundurannya September lalu, kata Mohamed Azmin Ali.


Menteri besar Selangor itu berkata, hasil siasatan Jabatan Audit Negeri mendapati ada beberapa perkara yang tidak dipatuhi Khalid apabila menggunakan jumlah wang itu sebagai pampasan kepada dirinya dan 7 pegawainya yang meletakkan jawatan secara sukarela.

"Hasil siasatan yang dijalankan memang ada beberapa perkara yang tidak dipatuhi dalam pemberian ganjaran tersebut dan sudah tentulah jumlah ganjaran begitu besar luar biasa jumlahnya perlu disemak semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ‘MB Terjah Kampungku Meriah’ di Kampung Tengah Gombak, pagi tadi.


Jumaat lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar mendakwa kerajaaan negeri mengarahkan anak syarikatnya, MBI mendapatkan semula jumlah wang terbabit yang diberikan kepada pembantu Khalid.


Antaranya termasuk kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI Faekah Husin dan bekas Setiausaha Akhbar Arfa'ezaa Abdul Aziz.


Persoalan itu dibangkitkan Xavier dalam akaun Twitter miliknya @xavierjayakumar.


Azmin berkata, perkara itu dibentangkan dalam mesyuarat exco minggu lalu selepas pihak audit selesai membuat siasatan.


Katanya, hasil laporan itu akan dikemukakan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah MBI minggu ini dan tidak boleh membuat keputusan sendiri kerana di luar bidang kuasa exco.


"Keputusan yang dibuat Tan Sri Khalid hari itu adalah keputusan yang diambil dalam Lembaga Pengarah MBI.


"Maka Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dimaklumkan tentang hasil siasatan audit dan kita akan bentangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah MBI dalam minggu ini untuk melihat langkah yang perlu diambil sekiranya ada sebarang keputusan melanggar peraturan sedia ada," katanya.


Katanya, keputusan mesyuarat itu termasuk membincangkan sama ada Khalid dan bekas pegawainya perlu memulangkan semula wang berkenaan kepada kerajaan negeri.


"Langkah yang perlu ini akan dibincangkan," katanya.


Khalid semalam semasa program turun padang DUN dilaporkan berkata, pampasan itu diberikan mengikut prosedur selepas dipersetujui Ahli Lembaga Pengarah MBI yang kemudiannya dimaklumkan kepada exco kerajaan negeri.


"Ia merupakan pemberhentian secara sukarela di mana kakitangan mahu berhenti pada ketika itu kerana pertukaran kepimpinan menteri besar. Keputusan itu dibuat dan dipersetujui Ahli Lembaga Pengarah MBI, iaitu saya sebagai MB pada ketika itu, setiausaha kerajaan negeri dan pegawai kewangan negeri," katanya dipetik laporan berita portal AntaraPos. -TMI

Kelab Greenboc

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.