Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Mahkamah Persekutuan Syariah: PAS sedia diajak bincang


KUALA LUMPUR: PAS pada prinsipnya bersetuju dengan cadangan kerajaan bagi menubuhkan Mahkamah Persekutuan Syariah jika ia dilihat dapat menambah baik sistem mahkamah syariah sedia ada.

Malah, PAS bersedia menawarkan diri untuk duduk bersama-sama berbincang dengan kerajaan dalam menjayakan usaha itu, tegas Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Bercakap kepada Harakahdaily, hari ini, Salahuddin berkata dengan berlatar belakangkan berbagai ilmu dan kemahiran di kalangan pemimpin PAS, maka parti Islam itu bersedia duduk bersama kerajaan.

"PAS setuju secara prinsipnya, dan bersedia jika PAS diajak untuk sama-sama berbincang bagi menentukan mekanisme tertentu bagi penubuhan Mahkamah Persekutuan Syariah tersebut.

"Para pemimpin PAS mempunyai ilmu dan kepakaran yang pelbagai, yang membolehkan PAS membantu kerajaan dalam usaha memartabatkan agama Islam di negara ini," tegas beliau.

Bagaimanapun, beliau menambah dalam masa sama fungsi dan peranan mahkamah syariah sedia ada perlu diberi penambahbaikan.

Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pernah menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan kerajaan dalam isu-isu berkaitan mengangkat martabat perundangan Syariah Islam.

Jumaat lepas, Menteri Agama, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan perkara tersebut setelah cadangan itu diajukan kepada kabinet.

Jamil dilaporkan berkata lima peringkat mahkamah syariah itu turut melibatkan penubuhan Mahkamah Tengah Syariah dan Majlis Rayuan Syariah.

Jamil juga menegaskan tahap bidang kuasa Mahkamah Persekutuan Syariah itu harus sama dengan Mahkamah Persekutuan Sivil.

Bagaimanapun, cadangan awal itu ditentang golongan bukan Islam, antaranya MIC, MCA, DAP dan Gerakan. - HARAKAHDAILY 18/11/2014



1 orang berkata:

Anonymous said...

Celaka punya cina dan keling. Yang kau orang dok sibok pasal mahkamah syariah apa hal?
Bukannya kau orang yang nak kena bicara disana?
Cukop cukop kau orang mencampori urusan orang islam. Kita orang tak pernah pun campor urusan kamu. Kamu nak tonggeng arak ke,nak konket china doll ke naj berjudi ke,nak sembah apa pun. Kami tak pernah pertikai. Jadii,kamu juga jangan campor urusan kami.
PKR jangan cuba nak jadi barua pula.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.