Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, November 5, 2014

Putrajaya akan ambil tindakan undang-undang terhadap NFCorp


Putrajaya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas National Feedlot Corporation (NFCorp) kerana kegagalan melangsaikan pembayaran bagi pinjaman berjumlah RM250 juta, kata Kementerian Kewangan dalam satu jawapan bertulis hari ini.

Menjawab soalan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (PAS), Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak berkata NFC gagal menepati pembayaran ansuran tahunan pada 9 Januari selain gagal membuat pembayaran seterusnya yang diminta kementerian.

"Kerajaan mengemukakan Notis Membaiki Kemungkiran kepada NFCorp pada 5 Mei 2014 dengan tempoh yang diberikan selama 90 hari. Bagaimanapun, NFCorp tetap gagal meremedi kemungkiran tersebut.

"Lanjutan daripada itu, kerajaan mengemukakan Notis Pengisytiharan Event of Default pada 4 September 2014 untuk penamatan perjanjian dan seterusnya akan mengambil tindakan undang-undang," katanya.

Najib berkata, pinjaman kerajaan oleh NFCorp itu perlu dibayar balik bermula pada 2012 hingga 2028.
"Sehingga 30 September 2014, bayaran balik yang dikutip ialah RM34.98 juta bagi ansuran 2012 dan 2013, manakala ansuran 2014 yang matang pada 9 Januari 2014 masih belum dijelaskan," katanya lapor The Malaysian Insider

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.