• Nasrudin Hasan Tantawi Nasrudin Hasan Tantawi
1 / 1
SHAH ALAM - Tak habis-habis lagi? Demikian reaksi Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasruddin Hassan berhubung sindiran DAP yang menyifatkan parti dalam PR sebagai parti yang cakap tidak serupa bikin.

Nasruddin berkata, sekiranya beliau membalas kenyataan tersebut, beliau akan dituduh suka ‘pukul’ sesama sendiri.

“Kalau saya jawab, akan ada yang kata saya suka ‘pukul’ sama sendiri. Tapi saksikan apa yang pimpinan DAP ini lakukan.

“Tak habis-habis lagi. Maafkan saya selepas ini kalau saya tampil tegas mempertahankan wibawa pimpinan dan jemaah,” katanya melalui kemas kini status Facebook, malam tadi.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan menyindir rakan partinya yang disifatkan cakap tidak serupa bikin melalui ucapan Konvensyen DAP, baru-baru ini.

Namun, Guan Eng tidak menyebut nama parti itu tetapi dipercayai ia merujuk kepada Pas.