Presiden tak perlu dicabar
- Ahmad (tengah) menerima RM50,000 daripada Pengurus Cawangan Mydin Kelantan, Mr Naidu sebagai sumbangan untuk mangsa banjir Kelantan, semalam.
KOTA BHARU – Kedudukan Presiden Pas tidak perlu dicabar kerana
pemilihan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menyandang jawatan berkenaan
direstui semua pihak dalam parti itu.
Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ahmad Yakob berkata, isu cabar mencabar tidak sepatutnya timbul dalam pemilihan Muktamar, Jun nanti kerana sebelum ini semua bersetuju dengan Abdul Hadi.
“Saya rasa setakat ini, tidak perlu ada cabaran, malah sejak sebelum ini pun, jawatan (pemilihan Abdul Hadi) direstui semua,” katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, semalam.
Beliau diminta mengulas kenyataan beberapa penganalisis politik yang meramalkan jawatan Presiden Pas akan dicabar melalui Muktamar tahunan Pas tahun ini termasuklah satu rakaman suara yang tersebar kononnya milik Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, yang didakwa mahu menggulingkan Abdul Hadi.
Dalam perkembangan yang sama, beliau turut diminta mengulas mengenai kejadian pukul yang menimpa Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, yang dikatakan bermotif untuk memecahbelahkan ahli parti.
Ahmad yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, ia merupakan satu amalan atau budaya yang tidak sihat, malah mengutuk sekerasnya tindakan tersebut berlaku dalam kepimpinan Pas.
“Kalau ada sesuatu yang tidak menyenangkan, kita boleh datang dan jumpa (Dr Dzulkefly) sendiri. Dia bekas wakil rakyat di Parlimen, jadi mungkin dia ada pandangan sendiri, itu (pukul) budaya tidak sihat,” katanya.
Dr Dzulkefly yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan Pas pernah menyuarakan kebimbangan sama ada ulama dan profesional di dalam parti Islam itu masih boleh bekerja bersama dan melahirkan rasa “sudah hilang hormat” terhadap golongan ulama.
Selain itu, kejadian kereta Pengarah Pilihan raya Pas Pusat, Dr Hatta Ramli dibakar di pekarangan rumahnya di Hulu Kelang selepas beliau didakwa menjadi dalang kepada usaha menjatuhkan Abdul Hadi.
Mengulas isu tersebut, Ahmad berkata, masalah dalaman yang dialami tidaklah sampai perlu terjadinya kejadian sebagaimana yang telah berlaku kepada Dr Dzulkefly dan Dr Hatta, malah kejadian tidak diingini itu juga tidak mencerminkan keakraban kepimpinan Pas yang sebenar.

3 orang berkata:
Tak salah jika Presiden PAS dicabar dlm Muktamar Jun nanti kalau ada yg layak dan cukup pencalonannya. Memilih Presiden itu hak ahli/perwakilan. Parti bukan hak milik individu. Bertandinglah secara adil & sihat. Tak perlu keluarkan kenyataan jawatan Presiden tak perlu dipertandingkan. Dah mcm bunyi UMNO ngan PKR pulak. Nak tau juga... apa kelayakan seseorang itu di'takrifkan' ulama'... dan apa pula 'takrifan' professional. Ustaz 'VELLFIRE' tu betul ka layak di gelar ulama? TGNA... yes!!! itu ulama' kerana ilmu dan kebijaksanannya.
Dulu x kecoh sgt tentang siapa presiden...bila dah masuk pakatan dan berkawan dgn pkr & dap...macam2 hal berlaku....semuanya bermula drp kajang move dan penolakan hudud oleh dap...oleh itu penyokong pas jgn terpengaruh sgt dgn propaganda yg melanda skrg...kebanyakan dibawa oleh gol profesional yg rapat dgn pkr & dap...perjuangan pas ada asas dan pokoknya...kita tak boleh lari dari asas mendaulatkan syariat islam...jgn nampak nak berkuasa saja....tiada manfaat apa2 kalau berkuasa sekalipun tetapi dasar yg dibawa sama dgn umno.
Dimana pas sekarang ini..dilandasan yg terakhir dimana bila2 masa akan trgelincir dari rel landasan kerana begitu pembantu keretapi tidak mahu mengikut laluan yg dijadualkan.. Bila sebahagian penumpang ingin mgikuti jalan lain..dan mgikut pembantu ktm..sekarang hanya berserah pada yg maha esa.. Untuk dpt keselamatan..dlm prjalanan..
Post a Comment