• GST: OKU ugut mogok lapar jika tidak mansuh Ribuan membanjiri di hadapan Menara Kembar KLCC pada Himpunan 1 Mei Batal GST di Kuala Lumpur. Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
1 / 1
KUALA LUMPUR - Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang menyertai Himpunan Bantah GST hari ini ‎ berikrar akan mengadakan mogok lapar sekiranya kerajaan masih enggan membatalkan GST.

Menurut Aktivis Isaiah Jacob, yang berucap mewakili golongan OKU dalam perhimpunan itu berkata, mereka akan berpuasa selama sebulan bermula dari tarikh yang diberikan kepada pihak kerajaan.

"Kami akan mogok lapar selama 30 hari jika  kerajaan BN di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak gagal membatalkan GST.

"Sejak kerajaan melaksanakan GST 1 April lalu nasib golongan OKU telah diabaikan dan Saya telah membayar sebanyak RM127.28 sen sejak ia dilaksanakan ini membebankan kami," katanya yang bercadang untuk memulakan 'berpuasa' berkemungkinan 8 Mei ini.

Katanya kerajaan sepatutnya, membantu golongan lemah seperti OKU ini bukannya menyeksa mereka.

"GST menzalimi golongan OKU seperti kami," katanya.

Perhimpunan bantah GST berakhir kira-kira jam  5.30 petang yang mana destinasi terakhir mereka adalah di KLCC.