• Muhammad Khalil Abdul Hadi Muhammad Khalil Abdul Hadi. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
1 / 1
SHAH ALAM – Pas dan Umno tidak mungkin bersatu namun kedua-dua parti itu masih boleh bekerjasama untuk rakyat.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, perbezaan dasar antara Pas dan Umno tidak memungkinkan penyatuan itu berlaku.

“Perpaduan atau penyatuan kalau kita mahu Pas bersatu dengan Umno dalam satu parti, saya rasa itu tidak mungkin berlaku kerana dasar Umno dengan Pas berbeza.

“Umno pula (parti) perkauman Melayu dengan membezakan Islam sebagai agama dan politik. Pas dengan dasar Islamnya dan Umno pula dengan dasar Islamnya,” katanya kepada Sinar Harian ketika mengadakan lawatan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerjasama boleh berlaku malah tidak dapat dielakkan seperti yang berlaku antara kerajaan negeri Kelantan dengan Pusat.

“Tetapi dari segi kerjasama itu boleh berlaku, contohnya dalam kerajaan Kelantan diperintah oleh Pas dan kita tidak boleh menafikan negeri itu sebahagian dari Malaysia kerana dalam sistem Perlembagaan Negara dinyatakan ada kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.

“Di situ wujud kerjasama yang tidak boleh dielakkan,” katanya