Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Terima kasih kepada semua pengundi dan petugas PAS - Ustaz Nazri


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat dan semua penerus perjuangan Baginda hingga hari kiamat.

Di ruangan ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga, pertamanya kepada al-Fadhil Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden Pas merangkap Pesuruhjaya Pas Negeri Pahang, seluruh saf kepimpinan Pas Pusat serta dewan-dewan, seluruh saf kepimpinan Pas Negeri Pahang serta dewan-dewan, kepimpinan dan jentera negeri-negeri serta kawasan-kawasan pembantu, tidak lupa juga kepada petugas-petugas tempatan dan semua yang terlibat membantu Pas dalam pilihanraya kecil P091 Rompin.

Kejayaan mengurangkan majoriti BN dengan jumlah yang agak besar dalam pilihanraya kecil ini adalah kerana pertolongan Allah serta komitmen dan pengorbanan yang tinggi daripada jentera parti, samada jentera pembantu mahupun petugas tempatan.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada para pengundi yang telah mengundi Pas dalam pilihanraya kecil kali ini. Terutamanya peningkatan undi dari golongan muda.

Semoga segala sumbangan yang diberikan dan pengorbanan yang dicurahkan akan dibalas oleh Allah SWT dengan sebaik-baik balasan di dunia dan di akhirat.

Salam Perjuangan,
Ustaz Nazri Ahmad
Calon Pas PRK P091 Rompin

1 orang berkata:

Anonymous said...

Teruskan perjuangan sehingga silam dpt didaulatkan.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.