• kes mahkamah
1 / 1


KUALA LUMPUR -  Ahli Perniagaan, Shamsubahrin Ismail dihukum penjara lapan tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didapati bersalah terhadap 17 pertuduhan pengubahan wang haram dan lima pertuduhan menipu bekas Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFCorp), Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail berjumlah RM1.755 juta.
 
Keputusan itu dibuat Hakim Rozilah Salleh selepas mendapati pembelaan beliau gagal menimbulkan keraguan munasabah.
 
Rozilah turut mengarahkan Shamsubahrin membayar penalti berjumlah RM611,895.94  dan memerintahkan kesemua hukuman bermula hari ini.
 
Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Hasnal Rezua Merican yang memohon pelaksanaan hukuman itu ditangguhkan kerana pihaknya akan merayu keputusan itu