Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADA JURUCAKAP DAP KAT KELANTAN DAH !

SIAPA JAGA BUTTON ? BILA PICIT SAHAJA BUTTON DARI TANAH SEBERANG  PERAI MAKA MENYALALAH LAMPU DI NEGERI SERAMBI MEKAH ! JENG, JENG ! BUKAN SUSAH SANGAT NAK TAWAN HATI OGHE KELANTAN, POKOKNYA PITIH !!! - Pak Karamu


Harapan Baru ikut nasihat Nik Aziz‎
Harapan Baru ikut nasihat Nik Aziz‎
Kerja-kerja mengira wang yang disumbangkan orang ramai bagi tujuan menampung kos penganjuran Majlis Perhimpunan Harapan Baru dilakukan di hadapan hadirin.
KOTA BHARU - Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) menegaskan mereka tidak bergantung kepada mana-mana pihak untuk menggerakkan perjuangan parti baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
 
Pengerusi Harapan Baru Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, pihaknya tidak pernah menggunakan kedudukan dalam parti untuk memperjuangkan gerakan tersebut sebaliknya dilakukan dengan kudrat yang ada.
 
“Jangan ada tuduhan dari mana-mana pihak bahawa ahli Harapan Baru menggunakan kedudukan dalam Pas untuk bergerak, kita tidak pernah menyalahgunakan kuasa.
 
“Malah, kita bermula dengan kosong, tidak menggunakan sedikit pun kewangan atau harta benda yang ada dalam parti sebelum ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Gerakan Harapan Baru Kelantan di Dewan Perniagaan Cina di sini, kelmarin.
 
Wan Abdul Rahim berkata, beberapa panduan asas ditekankan dalam memperjuangkan Harapan Baru termasuk tidak akan membuat serangan kepada Pas selain sentiasa menjaga tatatertib serta tutur kata bagi mengelak sebarang insiden.
 
“Sebagai manusia yang bertamadun, kita tidak perlu melakukan serangan, sebaliknya gunakan pendekatan lebih terbuka dan sederhana dengan cara memberi penerangan sebagaimana nasihat yang sering diberikan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya.
 
Mengulas lanjut, Wan Abdul Rahim berkata, ahli  Harapan Baru perlu sentiasa menjaga adab biarpun pemimpin parti lama melabel atau membuat serangan yang mungkin tidak boleh diterima oleh mereka.
 
Menurutnya, Harapan Baru akan menjadi sebuah parti yang lebih inkslusif dan boleh diterima baik dalam masyarakat sekali gus menggantikan Pas dalam Pakatan 2.0 yang akan tetap diwujudkan sebagai alternatif kepada rakyat dalam PRU 14 nanti.
 
“Harapan Baru tetap meletakkan Islam sebagai asas perjuangan, malah memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk bersama-sama dalam memperjuangkan gerakan ini,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.