Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KERANA PAS KAMU MENDAPAT YB DAN GANJARAN

Sombong dan bongkak Mat Sabu dan rakan-rakannya, membuat tuduhan PAS sudah tidak relevan lagi ? Disebabkan muktamar tolak mereka maka mereka menghina PAS dan sekali gus mereka menghina dasar PAS, ramai yang percaya mereka adalah dibawah satu perintah yang berniat nak hapuskan pengaruh agama di negara ini, kumpulan yang kalah yang berhasrat menubuhkan sebuah parti tentunya tidak berbuat demikian jika tidak ada yang menghasut mereka berbuat demikian

Diwaktu kebelakangan ini ulama menjadi sasaran mereka hanya semata-mata mereka ditolak oleh Muktamar PAS, kumpulan yang kalah ini mula tidak mendapat kepercayaan dari ahli PAS didalam Muktamar setelah mereka tidak lagi berwalak kepada pimpinan PAS dan parti, mereka lebih cenderung kepada DAP dan PKR kerana parti itulah yang selalu angkat dan tatang mereka, dan parti itulah juga yang memuji mereka hendak tubuhkan parti yang baru tanpa merasakan perbuatan mereka itu menyinggung perasaan kawan, mereka sungguh tidak ada adab

Dengan tertubuhnya parti baru nanti mereka ingat boleh memerintah negara tanpa PAS ? - Pak Karamu

Jangan melampau hina Pas, pesan Tuan Ibrahim‎
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man
 
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mengingatkan bekas-bekas pemimpin Pas yang telah meninggalkan perjuangan parti itu agar tidak melampau dalam menghina Pas.

Menurutnya, kerana parti itulah bekas-bekas pemimpin tersebut menikmati kelebihan termasuk dikenali serta menjadi wakil rakyat.

"Secebis ingatan buat sahabat yang semakin jauh meninggalkan bahtera perjuangan Pas. Jangan melampau menghina Pas, kerana Pas lah kamu dikenali umum.

"Jangan melampau menghina parti ini, kerana atas parti inilah kita diberi tempat bertanding dan memenangi pelbagai gelaran dan jawatan.

"Jangan melampau menghina parti ini, kerana atas nama parti Pas lah kamu menjadi YB (Yang Berhormat) dan menikmati elaun, gaji dan pencen," katanya melalui catatan terbaharu di Facebooknya.

Sejak kebelakangan ini, beberapa bekas pemimpin kanan Pas dilihat terus 'menyerang' parti itu susulan perancangan penubuhan sebuah pergerakan, Gerakan Harapan Baru.

Terbaharu, bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyebut bahawa Pas sudah tidak relevan dan Gerakan Harapan Baru itu merupakan cara untuk membuat pembaharuan terhadap parti Islam itu.

Melalui catatan sama, Tuan Ibrahim turut berkata, jangan melampau dalam menghina Pas kerana ramai yang berjuang untuk pemimpin-pemimpin itu.

"Jangan melampau menghina parti ini kerana ribuan ahli yang ikhlas berjuang tanpa mendapat kesenangan sebagaimana yang kamu kecapi.

"Namun gunalah gaji, elaun dan pencenmu. Semoga setiap kali kamu menerimanya, kamu akan ingat bahawa inilah hasil jerih perit ahli parti yang kamu cerca ini berkorban bagi memenangimu," katanya.

Malah beliau menegaskan agar bekas-bekas pemimpin itu tidak menghina Pas hanya kerana sudah tidak sekapal lag.

"Jangan melampau menghina parti ini, hanya semata-mata kamu sudah tidak berkenan kepadanya.

"Jangan melampau membenci parti ini, kerana rakyat sedang menilai bagaimana sikap kita, dan bagaimana kesudahan hidup kita di dunia ini. Senyum melihat gelagat manusia. Hebatnya pengajaran Ilahi," tulisnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.