Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERSEDIA DAN BERILMU

AHLI PARTI TAK MAHU DENGAR PERKATAAN JIKA, JANGAN KERANA PERKATAAN JIKA NANTI DISALAHKAN AHLI KERANA TIDAK BERSEDIA MENGHADAPI SEBARANG KEMUNGKINAN - Pak Karamu                                                              
 
Pas terus relevan jika sayap konsisten

Mohd Khalil Abdul Hadi
Mohd Khalil Abdul Hadi
 
SHAH ALAM – Jentera Pemuda Pas Malaysia diingatkan supaya sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk berdepan dengan calon dari gerakan Harapan Baru pada PRU14 akan datang. 
 
Timbalan Ketuanya, Mohd Khalil Abdul Hadi berkata, jika mahu Pas terus relevan, sayap parti itu perlu konsisten dengan perjuangan mereka selepas berlaku perubahan dalam pucuk pimpinan tertinggi Pas pada Muktamar Pas ke-61 lalu. 
 
“Pemuda Pas menyokong kenyataan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Ahmad Yaakob kelmarin dan kami bersedia untuk bersaing dengan calon-calon mereka dalam PRU14 nanti.
 
“Kami yakin Pas masih terus relevan. Malah, parti ini telah mengalami fasa evolusi yang ketara sesuai dengan realiti semasa tanpa menggadaikan prinsip perjuangannya. Seluruh pemuda mesti terus beristiqamah hingga menggapai kemenangan sebenar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Beliau berkata demikian merujuk kenyataan Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan pada Sabtu yang mengatakan Pas bersedia berhadapan dengan GHB dalam pilihan raya umum akan datang.
 
Dalam pada itu, Mohd Khalil juga senada dengan pendirian Ahmad yang mahu Ahli Parlimen dan Adun mereka yang menyertai gerakan itu supaya berundur secara terhormat dari Pas.
 
“Malah, sebahagian penggerak utamanya masih lagi merupakan Ahli Parlimen dan Adun yang mewakili Pas. 
 
Apakah pendirian mereka terhadap status tersebut?
 
“Tindakan tersebut hanya mengundang konflik dan memberikan kekuatan baru kepada BN. Krisis yang timbul boleh diurus dengan baik sekiranya kita kukuh bersatu dan memberikan kepercayaan penuh di bawah kepimpinan sedia ada,” ujarnya.
 
Anak kepada Presiden Pas itu juga mendakwa penubuhan parti Islam baharu itu hanya menyebabkan Pas menjadi musuh politik kepada DAP.
 
“Tidak ada satu sebab kukuh pun justifikasi penubuhan parti politik itu melainkan hanya kerana kecewa dengan keputusan pemilihan Muktamar Pas yang lalu. 
 
“Mereka mendakwa Pas tidak inklusif, cenderung untuk bergabung dengan Umno, konservatif dan tidak relevan dengan arus politik semasa. Namun, semua tuduhan tersebut meleset dan mengelirukan. Malah, mereka dan DAP telah menganggap Pas sebagai seteru politik yang baharu,” katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.