Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

GHB TAK CURI TAPI ROMPAK JEW !

JIKA NAK SEBUT PASAL ISTILAH CURI,HIJRAH,RELA DAN SEBAGAINYA MAKA HENTIKANLAH, KAMU IBARAT KUTU, MAKA DIMANA LAGI NAK MAKAN JIKA TIDAK ATAS KEPALA, SEMUA ORANG TAHU, MEREKA YANG DI ISTILAHKAN BERHIJRAH TAK MUNGKIN DENGAN HIJRAH BUTA JIKA TIADA MAKLUMAT UNTUK MEREKA CENDERUNG  BERHIJRAH, JANGANLAH CAKAP MACAM ORANG BODOH,MASYARAKAT BOLEH MENILAI DENGAN WARAS, 

KAMU JANGAN SUSAH GHB AKAN BERKEMBANG, MANA-MANA YANG TAK PUAS HATI DALAM DAP DAN PKR BOLEH SERTAI GHB, KAMU BERJUANG SECARA REDHA DAN RELA, REDA DAN RELA KERANA ALLAH ATAU MANUSIA ITU KAMU SENDIRI BOLEH FIKIR SAMA, TAPI JIKA REDA KERANA ALLAH DAN RASULNYA KAMU DINASIHATKAN BACA QURAN DAN HADIS, KEMUDIAN KAMU AKAN DAPAT JAWAPANNYA TAK PAYAH ORANG LAIN SEBUT, SELAMAT BERJUANG ! -Pak Karamu 

 
GHB tidak pernah curi ahli Pas

Dr Dzulkefly Ahmad
Dr Dzulkefly Ahmad
SHAH ALAM - Penghijrahan beramai-ramai ahli dan bekas pimpinan Pas ke dalam Gerakan Harapan Baru (GHB) bukannya berlaku kerana paksaan, ugutan ataupun kerana janji politik untuk kepentingan mana-mana pihak.

 

Setiausahanya, Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan pihaknya tidak pernah sama sekali mencuri ahli, penyokong mahupun pengundi Pas sedangkan mereka melakukan penghijrahan itu secara sukarela.

 

“Yang nak bersama kami termasuk kami sendiri ini ahli dan orang Pas..kesemua kami lakukan secara reda dan rela..walaupun ada sedikit sedih dan pilu...tapi tak ada yang (masuk kerana) dipaksa, diugut dan diumpan untuk keluar dgn janji-janji.

 

“Bahkan ada yang masih pegang jawatan parti pun nak keluar, kami tak izinkan lagi. Kalau mereka nak keluar juga, kami tak boleh halang kerana mereka lebih yakin serta jelas akan tujuan dan matlamat GHB,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

 

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Samad pada Ahad yang melihat GHB berupaya mencuri ahli, penyokong dan Pengundi Pas sahaja.

 

Iskandar dalam satu kenyataan semalam juga berkata kemunculan GHB dalam arena politik negara tidak memberi kesan kepada menjejaskan sokongan pengundi kepada Umno dan BN pada pilihan raya akan datang.

 

Dalam pada itu, bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu juga membidas dakwaan Iskandar bahawa pihaknya ingin mencuri ahli Pas sambil menyifatkan hujah Exco Selangor itu sebagau tersasar daripada istilah sebenar.

 

“Mencuri itu bukan istilah yang betul...siapa yang nak datang dengan kami, silakan, kita menerima, tetapi kalau kami nak buat penerangan mencuri, tak payah. Itu bukan sifat dan akhlak nabi. 

 

“Tetapi betul-betul nak keluar dari Pas untuk bersama kami, dah tak boleh dengan Pas, itu bukan mencuri namanya, jangan silap lagi guna istilah curi,” katanya lagi.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Apa kurang hajar sangat bahasa mu kepalabapakarmu.muka macam setan,takut ke ahli pas sokong GHB,eh aku ni ahli pas akan keluar meninggalakn Pas bersama sekumpulan keluarga aku seramai 10 oarang,tahu tak ,GHB tak rompak pun aku redha .cuma kau makin gila bahasa sama je dengan tok guru Hadi kau,kurang hajar,

Hamba Allah said...

yangg kurang ajar tu anon 12:14 sebab kamu menyokong manusia yg terang2 tolak hukum ALLAH...keluar la seluruh keturunan kamu tu dan PAS rugi sedikit pun..yang penting PAS xgadai ISLAM seperti pemimpin yg kalah muktamar lalu...ingatlah saudara ulama pewaris nabi jikalau kita menghina ulama sama seperti hina NABI dan ALLAH

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.