July 3, 2015
1 Padah Gelar 'Nenek Rasis' Joseph Lim Guan Eng Kena Bayar RM500,000!
Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng, hari ini diarah
membayar ganti rugi sebanyak RM500,000 kepada Ketua Pembangkang Negeri,
Datuk Jahara Hamid kerana menggelar beliau sebagai ‘nenek rasis'. Hakim
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Nordin Hasan, ketika membacakan
keputusan juga mengarahkan Ketua Menteri itu membayar kos guaman
sebanyak RM40,000 beserta faedah sebanyak lima peratus. Guan Eng yang
juga Setiausaha Agung DAP itu turut diarah untuk menarik balik kenyataan
terhadap Jahara, selain Mahkamah mengeluarkan injuksi menahan beliau
daripada mengulangi kata-kata fitnah.
Datuk Jahara sebelum ini memfailkan saman terhadap beliau, selepas
menggelarnya sebagai 'nenek rasis' dalam sidang akhbar di luar sidang
Dewan Undangan Negeri (DUN), pada Disember 2013 lalu. Guan Eng
menggunakan gelaran 'nenek rasis' itu apabila Jahara dikatakan cuba
membangkitkan isu perkauman apabila menuduh kerajaan DAP Pulau Pinang
hanya mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu. Nampak gayanya Guan
Eng terpaksa menubuhkan tabung meminta Rakyat membayar saman beliau
seperti mana yang dilakukan oleh Teresa Kok sebelum ini.
Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2015/07/padah-gelar-nenek-rasis-joseph-lim-guan.html#dflJpbPwIQuUgUY4.99
2 orang berkata:
Padan muka Lim Guan Eng. Dah terbiasa biadab pada pemimpin2 malayu islam, kali ni mulut busuk ni kana tampal dengan saman. Bolehlah minta kawan2 dalam G17 tolong buat roadshow kutip derna.
fitflops sale clearance
adidas ultra boost
adidas nmd r1
jordan shoes
air jordans
lebron 14
adidas superstar
pandora bracelet
longchamp bags
adidas online shop
Post a Comment