Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ZAMAN RASULULLAH ABDULLAH BIN UBAI DIBIARKAN BERSAMA JAMA'AH

CARI SUATU KAEDAH BAGAIMANA NAK MENANGANI GOLONGAN MUNAFIK DI DALAM SESEBUAH KUMPULAN, - Pak Karamu
 
Ahli perlu isytihar keluar Pas
Ahli perlu isytihar keluar Pas
Kamarudin Sidek

BANDARAYA MELAKA - Pemimpin yang ingin menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) sewajarnya mengisytiharkan diri keluar Pas seperti mana beberapa pemimpin parti itu sebelum ini.

Pesuruhjaya Pas Melaka, Kamarudin Sidek berkata, mereka menghormati setiap pendirian bekas pemimpin parti di peringkat negeri yang ingin menyertai gerakan tersebut.

Kamarudin bagaimanapun berkata, tindakan itu perlulah dilakukan secara terhormat, bermaruah serta berjiwa besar untuk melaksanakan hasrat masing-masing.

“Sebaiknya jika hendak bergerak, isytihar diri keluar Pas dulu bukan berstatus ahli parti tetapi berkempen ajak ahli keluar Pas.

“Lihat sahaja Datuk Dr Hasan Ali menubuhkan Jalur Tiga selepas keluar Pas dan Datuk Zaid Ibrahim keluar PKR dengan menubuhkan parti Kita.

“Bagaimana gerakan ini hendak berteraskan Islam. Ahli jadi keliru, lebih-lebih lagi kalau guna premis parti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kamarudin turut mengingatkan seluruh pemimpin Pas di setiap peringkat supaya berwaspada dan insaf mengenai amanah yang diberikan adalah untuk menjaga matlamat, harta dan maruah parti.

"Jangan muda beri laluan kepada individu-individu disyaki berkempen kepada Harapan Baharu beroperasi di markas Pas yang dibina atas sumbangan dan keringat ahli parti,” katanya.

Di SEREMBAN, bekas Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd Ghani membayangkan berkemungkinan menyertai GHB.

Mohamad Taufek turut mengakui ditawarkan jawatan timbalan pengerusi, namun tidak mahu mengulas lanjut.

"Saya boleh katakan agak berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai pergerakan ini yang saya rasa salah satu pertubuhan baru lain yang boleh memperjuangkan suara rakyat.

"Saya pun sebenarnya diberi peluang untuk bersama-sama dalam GHB sebagai timbalan pengerusi, tapi ia belum rasmi dan tunggulah bila sidang media diadakan nanti," katanya.

Menurutnya, walaupun gerakan itu masih baharu, beliau yakin ia dapat dijadikan satu madah untuk membela nasib rakyat.

Mohamad Taufek yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas kawasan Rembau berkata, walau apa pun keputusannya kelak, beliau tetap akan meneruskan kerjaya dalam bidang politik.

Sementara itu itu, Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mustafa Daharun berkata, beliau agak kecewa dengan penubuhan gerakan itu yang dianggap memecah-belahkan Pas.

"Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, sesiapa pun bebas untuk menubuhkan parti baru. Tapi kita (Pas) tak seronoklah, sebab mereka yang ada dalam GHB itu rakan-rakan kita. Sepatutnya kita bersatu menentang BN, bila berpecah macam ini, ia beri kerugian kepada Pas," katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

rasulullah x pernah bawa agama berhukum dibawah hukum manusia...jgn jual perjuangan nabi..x sama ngan ko..ko sandar agama kat undi manusia dan penyembah2 berhala..ini salah 1 hukum sistem demokrasi ke atas cita2 yg di register..
bukankah ko telah meregisterkan cita2(agama) ko di bawahnya..
jgn jual nama nabi saw..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.