Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERMINTAAN DARI MAHASISWA

Empat permintaan mahasiswa kepada Muhyiddin

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin.
 
1) KAMI mewakili mahasiswa UIAM secara khususnya dan mahasiswa seluruh negara mengikuti secara rapat segala isu yang berlaku dalam negara kita khususnya dalam isu ketirisan dan salah urus tadbir yang melibatkan sebuah syarikat milik kerajaan iaitu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
2) Pimpinan Mahasiswa UIAM sebulat suara berasa terpanggil untuk melahirkan rasa dukacita kami terhadap apa yang sedang berlaku membabitkan Kerajaan Malaysia yang dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak. Mahasiswa secara konsensusnya ingin menyatakan rasa kesal terhadap segala isu salah tadbir dan penyelewengan yang berlaku khususnya yang melibatkan syarikat 1MDB.
 
3) Isu 1MDB bermula dengan pendedahan dakwaan penyelewengan sebanyak RM42 billion kemudian diikuti dengan isu pembelian tanah 1MDB oleh Tabung Haji melibatkan tanah Tun Razak Exchange. Terbaru, pendedahan oleh Wall Street Journal (WSJ) mengenai pemindahan dana sebanyak RM2.6 billion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri menggemparkan rakyat Malaysia.
 
4) Rakyat Malaysia secara amnya dan mahasiswa secara khasnya berasa sungguh dukacita dan kesal dengan segala penyelewengan yang didedahkan, lebih-lebih lagi dalam keadaan rakyat dihimpit pelbagai kesempitan ekonomi dengan kenaikan harga minyak, implementasi GST dan terkini, kenaikan harga tiket kenderaan awam sebanyak 10 peratus.
 
5) Justeru itu, Pimpinan Mahasiswa UIAM mendesak dan mencadangkan kepada pihak kerajaan melalui Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan untuk:-
 
a) Menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja yang bebas bagi menyiasat segala isu penyelewengan yang membabitkan kerajaan Malaysia khususnya dalam isu 1MDB dengan kadar yang amat segera
 
b) Mencadangkan kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia untuk menyaman akhbar WSJ bagi menafikan segala tuduhan yang dibuat.
 
c) Mendesak supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk mengambil cuti sehingga segala siasatan melibatkan beliau selesai dan dipangku oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.
 
d) Mengarahkan Bank Negara serta AmBank untuk segera menafikan segala tuduhan yang dibuat oleh WSJ dengan kadar amat segera.
 
6) Akhirnya, Pimpinan Mahasiswa UIAM berharap adanya tindakan pantas daripada pihak kerajaan dalam melaksanakan ketiga-tiga desakan kami. Sekiranya kerajaan masih gagal membersihkan segala tuduhan dan memberhentikan segala penyelewengan dana awam, Pimpinan Mahasiswa UIAM tidak teragak-agak untuk menggerakkan satu protes besar-besaran dengan disertai seluruh mahasiswa UIAM serta mahasiswa seluruh negara.
 
 
HIDUP RAKYAT!
 
Hanif Mahpa (Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UIAM); Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda (Presiden Persatuan Undang-Undang Ahmad Ibrahim UIAM); Mohammad Fikri  Mohammad Nawawi (Presiden Persatuan Pelajar Ilmu Wahyu UIAM); Muhamad Amiruddin  Amran (Presiden Persatuan Pelajar Kuliyah Bahasa Dan Pengurusan UIAM); Hafizuddin Abdullah Zawawi (Presiden Ma'ruf Club UIAM); Hasyim Nawwaf Mohd Mokhtar (Presiden Persatuan Pelajar Kuliah Pendidikan UIAM); Raja Nurnasri Raja Kamaruzaman (Presiden Persatuan Pelajar Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM); Mohamad Fakhrul Radzi Zainudin (Presiden Persatuan Ekonomi dan Sains Pengurusan UIAM); Wan Muhammad Sulaiman Wan Yusoff (Presiden Persatuan Seni Bina dan Reka Alam Sekitar UIAM); Nasri Khairi Jamaludin (Persatuan Kejuruteraan UIAM); Badrul Hadi Ahmed (Information & Communication Technology Students' Society); Siti Sabarina Mashudi Muhammad Hilman Che Razak ( President Sekretariat Bahasa Arab UIAM).

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.