Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SUATU TUJUAN YANG SEBENAR MENGAPA PARTI BARU DITUBUH

Makhluk dua alam tak mampu bertahan lama

Mokthar Senik
Mokhtar membahaskan ucapan dasar presiden, semalam. - FOTO : ROSLI TALIB
 
SHAH ALAM - Dewan Ulama Pas Pahang menyifatkan parti serpihan Pas, Harapan Baru yang dinaungi bekas-bekas pemimpin parti itu tidak akan mampu bertahan lama dengan prinsip ‘makhluk dua alam’.
 
Ketuanya, Mokhtar Senik yakin bahawa pemimpin-pemimpin itu akhirnya terpaksa kembali mendukung perjuangan asal Pas.
 
“Saya lihat jika Harapan Baru muncul sebagai parti politik Islam kedua selepas Pas, ia tidak akan dapat berkayuh sejauh mana dalam gelombang politik tanah air. Akhirnya mereka terpaksa kembali menjadi Pas yang mendukung semua prinsip ajaran Islam atau terpaksa menjadi parti sekular juga seperti DAP dan lain-lain parti sekular.
 
“Mereka tidak akan dapat bertahan lama dengan menjadi ‘makhluk dua alam’. Satu sisi bercakap sebagai parti Islam dan satu sisi yang lain bercakap sebagai parti sekular’,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Meskipun begitu, namun beliau tetap menaruh harapan agar pemimpin-pemimpin yang tewas ini kekal bersama Pas.
 
“Saya tetap meletakkan harapan agar kepimpinan yang tewas itu kekal bersama Pas. Mendukung prinsip perjuangan Islam sebagaimana sebelumnya.
 
“Berjiwa besarlah sebesar nama anda di persada politik negara. Jangan tunaikan apa yang dikehendaki oleh musuh Islam,” katanya.
 
Dalam pada itu, beliau menyentuh soal sikap DAP yang mahu menuntun Pas lari dari berpandukan al-Quran dan Hadis.
 
“Umum telah mengetahui DAP tidak menyenangi Pas kerana dasar dan pendekatan Islam yang dijunjung oleh Pas. Ketegasan Pas dalam mempertahankan prinsip Islam dirasakan oleh DAP sebagai penghalang kepada gerak kerja PR.
 
“Mereka mahu Pas melangkah bersama mereka tanpa mempedulikan hukum-hukum yang termaktub dalam Islam. Kalau boleh mereka akan lebih selesa jika Pas mengubah dasarnya kepada pendekatan dan sikap yang lebih liberal. Mengekalkan nama Islam tidak mengapa asalkan pendekatan Pas dapat dibebaskan dari terikat pada hukum al-Quran dan Hadis,” katanya.
 
Menurutnya lagi, bagi mencapai hasrat itu, DAP memerlukan barisan kepimpinan Pas yang boleh bertolak ansur dalam soal hukum dan prinsip agama.
 
“ndividu tertentu dalam barisan kepimpinan Pas yang sudah sedia memiliki aliran pemikiran tersebut perlu didekati dan diberikan sokongan oleh DAP.
 
“Manakala mana-mana pemimpin Pas yang dilihat ortodoks pada penilaian mereka perlu disingkirkan daripada kesebelasan kepimpinan Pas. Dari situlah kita dapat lihat tindakan-tindakan biadab dilakukan oleh DAP.
 
“Antaranya, mengisytiharkan putus hubungan dengan Presiden Pas, tetapi tidak dengan Pas. Sebenarnya, tidak dengan individu tertentu yang sealiran dengan DAP,” katanya.
 
Mengulas lanjut, beliau mendakwa usaha memecahkan Pas dengan mewujudkan parti serpihan diteruskan selepas barisan kepimpinan yang lari daripada perjuangan asal itu tewas dalam pemilihan Muktamar Pas lalu.
 
“Pelan B perlu diteruskan, iaitu memecahkan Pas dengan diwujudkan parti serpihan yang lahir dari rahim Pas sendiri. 
 
Parti serpihan ini penting kerana ia akan menjadi Dewan Himpunan Melayu Penyokong DAP (DHMPD) yang akan menjadi stok undi DAP dalam kalangan orang-orang Melayu. Kerana tanpa dewan ini undi Melayu secara umumnya sama ada berpihak kepada Pas atau Umno. Jadi DAP perlu sebuah parti baharu untuk tujuan itu.
 
“Mereka juga tidak senang jika pemimpin yang kecewa ini masuk PKR atau DAP. Posisi mana yang harus disediakan kepada bekas pimpinan Pas itu? Kalau sebagai ahli biasa, baik mereka kekal dalam Pas. Kalau sebagai pimpinan, sudah pasti mereka tidak akan disenangi oleh barisan kepimpinan yang lebih senior dalam parti tersebut. 
 
Jadi langkah selamat ialah wujudkan parti baru dan biarlah parti baru ini bekerja untuk mereka. Mereka tidak rugi, bahkan meraih keuntungan daripadanya,” katanya.

1 orang berkata:

Koperasi Prihatin Kedah Berhad said...

Apakah dengan kenyataan fitnah dan tuduh menuduh ini akan melihatkan PAS menjadi mulia? Semoga Allah kurniakan pemimpin-pemimpin PAS pertunjuk untuk merapatkan apa yang renggang dan saling bermaafan. Sudah terlalu banyak kenyataan yang menjurus kepada perpecahan atas alasan Islam tapi malangnya tiada pula pemohonan maaf kecuali Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.