'Saya hanya berhijrah', jawab Siti Mariah
Desas-desus khabar angin mengatakan Ahli Parlimen Kota Raja, DR SITI MARIAH MAHMUD
sudah keluar dari Pas bertiup kencang apabila namanya disebut-sebut
antara wakil rakyat yang menyertai Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru)
sekali gus meninggalkan parti yang disertainya sejak 22 tahun lalu.
Ikuti wawancara bersama beliau.
Benarkah YB sudah lompat parti dan mengubah angin dalam perjuangan parti lain?
Saya bukan lompat parti, tetapi saya berhijrah ke parti yang benar-benar ingin perjuangkan Islam. Saya juga masih ahli Pas, bahkan hingga ke hari ini, saya belum terima sebarang surat pemecatan daripada pucuk pimpinan tertinggi Pas.
Saya memang sudah bergerak dalam Harapan Baru namun Harapan Baru belum terbentuk sebagai parti baharu...ia belum diluluskan sebagai sebuah parti malah saya sendiri masih bertanya ia diluluskan atau tidak.
Adalah kurang bijak bila ada orang bercakap yang saya sudah masuk parti baharu. Rumah pun belum siap...bagaimana saya nak pindah ke rumah baharu.
Apakah yang menyebabkan YB menyertai Harapan Baru?
Saya meneruskan hijrah ke Harapan Baru kerana ingin bawa isu semasa negara seperti isu 1MDB dan isu-isu politik yang sedang menghimpit rakyat. Harapan Baru lebih ke arah untuk membentuk parti Islam alternatif selain Pas dan kita nak hasilkan yang lebih eksklusif serta terbuka kepada semua kaum.
Alternatif yang saya maksudkan ini merujuk kepada sebelum ini di mana hubungan dalam PR terdiri parti Islam Pas-DAP-PKR begitu erat namun sejak hubungan Pas dan DAP terputus melalui muktamar dan seperti yang diputuskan Majlis Syura, nampak sangat Pas sudah tidak mahu bekerjasama dengan DAP lagi.
Jadi berlaku kelompangan dalam PR. Bagaimana kita hendak hadapi PRU14 bila Pas tidak mahu lagi bekerjasama dengan DAP? Di negeri pantai barat penerimaan kepada Pas agak berbeza dengan di Kelantan, jadi kita berhasrat hendak mengisi kelompangan itu. Rata-rata pengundi di sana marah, mereka bukan undi Pas semata-mata tetapi undi PR.
Apabila Harapan Baru akan bertukar menjadi sebuah parti, adakah YB akan mengisytiharkan keluar dari Pas?
Ya, secara jujurnya saya akan umum keluar dari Pas, hipokritlah saya bila Harapan Baru jadi parti, saya hanya suruh orang lain sertai sedangkan saya sendiri tak sertainya. Di sini saya nak jelaskan saya bukan lompat parti tetapi saya hendak teruskan perjuangan Islam dalam parti baharu yang lebih mesra, dan meletakkan Aulawiyat (keutamaaan) dalam perjuangan.
Adakah selama ini Pas tidak memperjuangkan Islam?
Saya akui Pas memperjuangkan Islam, namun sejak kebelakangan ini perjuangan mereka sudah tidak sama seperti dahulu...saya akan berikan penjelasan melalui risalah berkenaan perbezaan perjuangan itu agar rakyat lebih faham dan jelas kenapa saya mahu bersama dengan Harapan Baru.
Kita boleh lihat di Indonesia, berapa banyak parti Islam. Kita harus faham parti Islam bukan hak eksklusif. Bila PR berpecah susah untuk dapat sokongan daripada orang bukan Islam walhal kita berjuang sudah lama untuk sampai ke tahap sekarang bersama bekas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Apakah yang membezakan Pas dengan Harapan Baru?
Pas adalah wadah perjuangan Islam bukan matlamat, ia berbeza. Saya bukan hendak memperkecilkan peranan Pas...saya sayang pada Pas tetapi saya lebih sayangkan Islam.
Sekarang bila saya berkawan dengan orang bukan Muslim, saya boleh bercerita kepada mereka tentang malam lailatul qadar...dalam Harapan Baru kami akan perjelaskan perkara yang kurang jelas berkenaan Islam kepada orang bukan Islam. Ia pendekatan yang berbeza.
Apa pandangan YB apabila orang mentafsirkan Harapan Baru ditubuhkan untuk menentang Pas ekoran kekalahan beberapa pemimpin dalam pemilihan lalu?
Harapan Baru bukan hendak lawan Pas, sebenarnya kita kesal apabila dalam Pas, pendapat orang lain tidak boleh diterima pakai sedangkan hanya pendapat ulamak yang boleh diterima sampai kita lupa yang negara kita ada ustaz dan mufti.
Sejak kebelakangan ini, sikap itu sudah menjadi satu ketaksuban di kalangan ahli dan pemimpin Pas, saya nak katakan orang Pas memang ‘advance’ dalam siasah. Perbezaan dua aliran pemikiran iaitu ulamak dan profesional susah untuk dicantum semula walaupun pelbagai pendekatan sudah digunakan.
Sejak bila perpecahan dalam Pas berlaku?
Bukan perpecahan tetapi perbezaan pendapat itu bermula sudah lama dan ia lebih ketara pada PRU13 lalu yang mana berlaku perselisihan faham dalam pembahagian kerusi, isu Menteri Besar Selangor dan isu hudud. Di situ sudah nampak simptom atau gejala luaran, namun dari segi dalaman ramai orang tak tahu yang di dalam Pas memang tidak ada persefahaman.

8 orang berkata:
Orang nak berhijrah ke arah islam yg lebih baik, biarkanlah. Bukalah hati. Janganlah dicela dan dihina mereka ini. Mereka berjuang untuk islam dan keadilan. Relakanlah mereka berhijrah ke arah kebaikan. Mereka mungkin 1000 kali lebih baik drp anda.
Silakan behijrah macam sahabat nabi yang terpaksa meninggalkan semua harta pangkat dan kemewahan sebelum hijrah ke Madinah. Yb pun sepatutnya tinggalkan pangkat Yb pas tu sebelum melangkah pergi baru nampak keikhlasan berjuang untuk islam yg lebih baik

toksah berbelit le siti mariah. kalau PAS dah tak macam dulu, buat apa tunggu lagi .keluar aje le.ni masih ngaku ahli PAs. hangpa memang jenis muka tak tahu malu. dok kata PAS la ni tak bagus, tapi masih ngaku ahli PAS.HAng dulu bertanding atas tiket PR ke PAS. BOrang pencalonan guna nama PR ke PAS. YNg buat kerja tu Ahli PR ke Paa
Dr Mariah saya adalah mengundi kamu dan saya tak pernah kenal kamu, apa yang saya tahu kamu adalah wakil kepada parti yang saya pilih. Atas dasar itu saya memberi amanah kepada kamu dengan mengundi kamu sebagai wakil kepada parti pas. Tetapi kamu telah berlaku zalim terhadap amanah yang kami sekeluarga berikan dengan itu kami mengHARAMkan undi kami pada kamu dan menuntut keadilan kehadrat ALLAH agar dilaknat kerana telah berlaku zalim kepada kami yang memberi amanah kepada kamu. Allah hu rab sesungguhnya kamu lah memberi pertolongan kepada hamba terzalim, ya Allah demi hak itu ya Allah laknaklah Mariah kerana sesungguhnya dia telah berlaku zalim pada ya Allah. Sesungguhnya kau memperkenankan hamba hamba terzalim. Amin

Rakyat majoriti memilih Dr Mariah atas kapasiti Pakatan Rakyat bkn kerana PAS. Ahli PAS yg mengundi beliau ada brp kerat jer. Amanah beliau adalah dgn rakyat bkn dgn PAS.
Elaun dan gaji Adun/MP dibayar oleh cukai dan duit rakyat bkn duit Hadi atau PAS.
Post a Comment