Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tindakan tegas, pecat ?


Tindakan tegas anggota TLDM sertai perhimpunan




Bersih 4


KUALA LUMPUR - Tindakan tegas akan diambil kepada anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menyertai perhimpunan Bersih 4.0 yang dirancang diadakan hujung bulan ini.
 
Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, perhimpunan berkenaan yang akan diadakan di sekitar kawasan awam boleh mengganggu ketenteraman, tambahan ia diadakan ketika hampir dengan sambutan Hari Kebangsaan.
 
"Saya ingin mengingatkan anggota TLDM jangan terlibat dengan perhimpunan itu kerana akan menyebabkan mereka (anggota TLDM) berhadapan dengan masalah besar," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Kenaikan Pangkat dan Penganugerahan Pangkat (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) di KD Sri Gombak hari ini.
 
Seramai tujuh pegawai TLDM termasuk seorang pegawai PSSTLDM dinaikkan pangkat.
 
Majlis itu turut menyaksikan penganugerahan Tauliah Kapten (Kehormat) PSSTLDM kepada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan) HELP University, Prof Datuk Dr Zakaria Ahmad atas khidmat beliau sebagai penasihat akademik Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) sejak 2006.


Mengenai keselamatan perairan, Abdul Aziz berkata pihaknya antara lain telah meminta pengusaha kapal melaporkan sebarang masalah kecemasan secara terus kepada TLDM.
 
"Nombor telefon TLDM pun kita dah bagi...kita mahu dimaklumkan... Bila melibatkan soal keselamatan, ia adalah tanggungjawab kita (TLDM)," katanya.
 
Ditanya mengenai penyertaan anggota TLDM dalam kumpulan militan IS, Abdul Aziz berkata pemantauan berterusan dijalankan oleh satu pasukan petugas khas.
 
"Saya sebenarnya tidak teragak-agak menyerahkan anggota disyaki terlibat dalam kegiatan tak bertanggungjawab ini kepada pihak berkuasa," katanya. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.