Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AMANAH HANYA HENDAK MELUASKAN PERMUSUHAN .... SILAKAN !!!

PRK: Pakatan Harapan sepatutnya jangan tanding
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM - Pas bersetuju dengan cadangan banyak pihak yang mahukan dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar nanti menyaksikan hanya satu lawan satu.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, demi merealisasikan impian itu, Pakatan Harapan tidak perlu menghantar calon dalam dua PRK tersebut.

"Pas setuju satu lawan satu (tapi) Pakatan Harapan tak perlu masuk bertanding.

"Nak serah kerusi Pas kepada Amanah, tak mungkin. Kalau DAP Sarawak pun tak boleh kompromi dengan PKR masa PRN lalu, tak mungkin nak bagi kerusi kami," katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.‎

Terdahulu Presiden Amanah, Mohamad Sabu membayangkan Pakatan Harapan bakal bertanding di dua kerusi Parlimen dalam PRK 18 Jun depan sambil menegaskan parti itu bersedia berdepan pertandingan tiga penjuru atau lebih sekiranya parti selain BN memutuskan untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim sempat mengingatkan pakatan pembangkang, kerusi di dua Parlimen itu secara tradisinya memang milik parti Islam itu.

"Saya harap blok pembangkang sedar kerusi yang dipunyai oleh Pas, mereka tidak perlu ganggu dan perlu sokong demi negara dan rakyat," katanya.

Bekas calon Pas, Mohamed Salleh M Husin hanya tewas majoriti 399 undi kepada calon BN, Allahyarham Datuk Noriah Kasnon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Manakala calon BN ketika itu, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad memperoleh 14,218 undi di kerusi Kuala Kangsar dengan majoriti 1,082 dalam pertandingan tiga penjuru dengan Pas dan calon bebas.

Calon Pas, Khalil Idham Lim Abdullah memperoleh 13,136 undi manakala calon Bebas, Kamilia Ibrahim memperoleh 447 undi.
 

2 orang berkata:

Unknown said...

Istiqamah hingga menang.Pas tak perlu tunduk pada ph yg tiada harapan.berwaspada dgn pkr.tolak dap dan bn.

Unknown said...

Istiqamah hingga menang.Pas tak perlu tunduk pada ph yg tiada harapan.berwaspada dgn pkr.tolak dap dan bn.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.