Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

You tak berhak cakap pasal resional, Pilihanraya Sarawak dia orang tak rasional juga

DAP minta Pas rasional berdepan PRK
Nga Kor Ming
Kor Ming

IPOH – DAP Perak menasihatkan Pas agar bersikap rasional dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini bagi memastikan hanya ada pertembungan satu lawan satu melibatkan BN dan pembangkang.

Pengerusinya, Nga Kor Ming berkata, kesan sikap terus berdegil parti itu, hanya akan memberi kelebihan kepada BN sekiranya wujud pertandingan tiga penjuru di kedua-dua kerusi dipertandingkan iaitu Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Menurutnya, Pakatan Harapan Perak sebelum ini telah membuat tawaran kepada parti itu untuk hanya bertanding di satu kerusi, sementara satu lagi kerusi ditandingi Pakatan Harapan.

“Tawaran terbuka itu adalah keputusan sebulat suara Pakatan Perak dan penuh dengan keikhlasan.

“Jika Pas benar-benar serius untuk mengalahkan Umno, mereka sewajarnya membuat pertimbangan menerima tawaran tersebut dengan hati yang terbuka,  bukan bersikap angkuh minta parti lain ukur baju atas badan sendiri,” katanya.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini memberi peringatan kepada parti lain yang mahu meletakkan calon di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar agar mengukur baju di badan sendiri.


Menurutnya, Pas mempunyai sokongan akar umbi yang kuat di dua kawasan itu dan akan meletakkan calon di kedua-dua kerusi tersebut.

Kor Ming berkata, PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah referendum terbaik rakyat bagi menunjukkan kuasa undi mereka dalam keadaan konflik melibatkan kepimpinan negara.


“Pas  perlu bersikap rasional supaya ia tidak merugikan usaha Pakatan Harapan untuk mengalahkan BN, keengganan Pas kembali ke meja rundingan dilihat hanya merugikan pakatan pembangkang,” katanya.

4 orang berkata:

Unknown said...

PAS perlu kekalkan perhubungan dgn PKR.. jgn dilayan para pengkhianat serta tuan besar mereka..

Anonymous said...

dap tak payah ajar pas krn sebelum ini dap dah bnyk susahkn pas.

Unknown said...

Yg ni aku sokong.

Unknown said...

Yg ni aku sokong.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.