Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

cari dari mana punca berita

Azmin nafi beri kata dua kepada exco Pas
Azmin Ali
Azmin Ali. – Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan memberikan kata dua kepada exco Pas supaya meletak jawatan atau melupakan hasrat bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar bulan depan.

Dipetik MstarOnline, Mohamed Azmin berkata, fokus beliau kini ialah mengadakan perbincangan dengan pelbagai parti pembangkang untuk bertanding di kerusi Parlimen berkenaan.

"Kata dua? Tak ada seperti itu. Ia tidak benar. Fokus kami adalah untuk membincangkan mengenai kerusi berkenaan dan ia belum selesai," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di sini, hari ini.

Menteri Besar Selangor itu diminta mengulas laporan bahawa beliau telah meminta anggota exco daripada Pas untuk meletakkan jawatan jika parti itu berkeras mahu bertanding dalam pilihan raya kecil itu nanti.

Menurut laporan itu, Mohamed Azmin mahu PKR bertanding di kerusi tersebut dan bukannya Pas atau Amanah.

Sementara itu, ditanya sama ada Pas akan kekal dalam pentadbiran negeri jika ia bertanding kerusi itu, Menteri Besar Selangor dipetik sebagai berkata: "Jangan terus membuat kesimpulan."

3 orang berkata:

Anonymous said...

PKR hanya sesuai bergabung dgn PAS. Tinggalkan yg lain, semua tu menggigit kawan bila merasa sedikit kuat.

Unknown said...

Tu pendpt hang tp dlm otak pkr apa pun tak tau.pkr pun nampak mcm lalang saja.

Unknown said...

Tu pendpt hang tp dlm otak pkr apa pun tak tau.pkr pun nampak mcm lalang saja.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.